SEMENJAK dari Allahyarham Tok Nan masih hidup
sehinggalah Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Amar Abang Jo, segala misi dan
visi Tok Nan tetap diperjuangkan lebih-lebih lagi melibatkan perbincangan
autonomi yang rakyat Sarawak mahukan. Di
dalam pada itu di sepanjang proses ini juga satu demi satu berita palsu yang
dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beberapa hari yang lepas juga menyaksikan
satu lagi laporan polis terpaksa dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak
memandangkan ianya merupakan satu lagi berita yang palsu. Yang pasti seperti ada “tangan-tangan hitam”
yang cuba untuk menggagalkan segala usaha ini dengan memainkan isu persepsi
rakyat seolah-olah Kerajaan Negeri Sarawak berada di pihak yang ekstrimis.
Seperti yang telah diwar-warkan dahulu
Kerajaan Negeri Sarawak mengambil sikap diplomasi di dalam memperjuangkan kuasa
autonomi dikembalikan dan ianya selari dengan apa yang dijanjikan oleh Perdana
Menteri Malaysia baru-baru ini bahawa apa jua yang dipinta akan
dikembalikan. Buat masa sekarang
perbincangan kuasa autonomi Sarawak sudahpun di peringkat fasa yang kedua.
Jadi sama-samalah kita tunggu penghasilannya
dan jangan sewenang-wenangnya mempercayai segala berita yang boleh menimbulkan
keraguan kita semua. Bijak-bijaklah berkongsi
maklumat apa yang disajikan di dalam applikasi media sosial sekarang.
No comments:
Post a Comment