MALANG itu tidak berbau
begitulah kata bidalan lama yang sering kita dengar. Pada Ahad lepas kira-kira jam 5.30 petang
satu tragedi menimpa satu keluarga ketika dalam perjalanan pulang dari
menziarahi keluarga yang meninggal dunia di Belaga. Ketika kejadian mangsa iaitu seorang guru di
SK Nangan Telawan, Michael Usat Emang bersama isterinya sedang memudiki Sungai
Rejang untuk pulang ke kuarters kediaman mereka.
Arus yang deras di Sungai
Rejang bukanlah tandingan bagi sebuah perahu yang kecil yang mana diberitakan
pada ketika itu juga banyak balak-balak yang hanyut di sungai. Akibat terlanggar balak hanyut itulah maka
perahu yang dinaiki turut terbalik.
Isteri mangsa diceritakan sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke
tepian manakala suaminya Michael Usat Emang, 56 tahun hilang dihanyutkan arus
deras.
Serentak dengan itu juga satu
pasukan Operasi dan Menyelamat (SAR) telahpun digerakkan oleh agensi yang
terlibat. Difahamkan sehingga sekarang
masih belum ada tanda-tanda mangsa ditemui.
No comments:
Post a Comment