SEISI berkempen untuk PRK N03 Tanjung Datu akan menemui noktahnya menjelang
12.00 malam sabtu ini. Dan sejak dari hari penamaan calon lagi menyaksikan
calon BN/PBB iaitu Datin Patinggi Datuk Amar Hajjah Jamilah binti Haji Anu
mengungguli carta di atas pilihan rakyat bukan sahaja di Tanjung Datu malah
juga seluruh Sarawak. Aura Tok Nan yang disayangi oleh rakyat turut sama
menempias ke atas balunya.
Boleh dikatakan walau kemana ceruk sekalipun di Tanjung Datu, sokongan rakyat terhadap DPDA Hajjah Jamilah tetap megah dilaungkan walaupun beliau sendiri tidak turun berkempen. Namun berkat kesatuan hati keluarga malah juga jentera BN yang bersepadu turun berkempen untuknya tidak menjadi batasan untuk menyampaikan amanat beliau sekiranya dipilih menjadi ADUN sekaligus menjadi penyambung legasi kepimpinan Allahyarham Tok Nan di bumi Tanjung Datu sekiranya diberi peluang.
Disamping itu perlulah diingatkan walau bagaimana hebat laungan tersebut ianya tidak akan menjadi apa-apa sekiranya rakyat Tanjung Datu tidak turun mengundi beramai-ramai pada 18 Februari 2017. Janganlah dibuai dengan pelbagai teori dan hujah mainan pembangkang ataupun yang sewaktu dengannya yang mengatakan BN akan menang besar. Itu hanya mainan lidah mereka yang tidak bertulang.
Jika pada tanggal 12 Februari 2017 yang lalu menyaksikan undi pos telah menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu 86.2% yang keluar mengundi mengapa tidak pada hari undian sebenar kelak. Terjemahkanlah kasih sayang kepada Tok Nan dengan menyokong dan seterusnya mengundi Kak Milah itu yang penting.
#PRKN03TanjungDatu
#JamilahBoleh
#TeamAbgJo
No comments:
Post a Comment