Monday, 31 July 2017

RM1 DARI RM10 CUKAI PELANCONGAN BUKAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN


RANGKAP pertama pantun Melayu lama sorong papan tarik papan begitulah yang mampu diungkap di dalam berkata mengenai pembahagian cukai pelancongan seperti yang diwar-warkan oleh Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Dato Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz baru-baru ini.  Menurut beliau setiap RM10 yang didapati daripada cukai pelancongan tersebut akan diberikan RM1 untuk negeri bagi membuat promosi pelancongan.  
Disebalik penyataan tersebut untuk konteks Sarawak melalui Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg tidak bersetuju langsung dengan pembahagian tersebut.  Dan ianya turut mempunyai soalan yang senada dari Menteri Pelancongan Sarawak iaitu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.  Ini kerana difahamkan bahawa sebelum hal mengenai cukai pelancongan ini dipersetujui, telah ada persefahaman bahawa setiap penghasilan cukai ini hendaklah dibahagikan sama rata antara Malaya, Sabah dan Sarawak.
Menurut Ketua Menteri Sarawak segala hal mengenai pembahagian cukai pelancongan ini akan terus dibincangkan dengan Putrajaya kelak kerana ianya tidak seperti yang dijanjikan

LELAKI DITAHAN CABUL KANAK-KANAK 17 BULAN


ENTAH mengapa isu pedofilia semakin menggila di Sarawak sekarang.  Beberapa hari yang lepas kita diwar-warkan dengan satu kes rogol yang membabitkan saudara terdekat di dalam keluarga di Limbang dan semalam riuh lagi dengan berita yang begitu menjengkelkan kita semua apabila ada manusia yang bernafsukan syaitan wujud antara kita.   

Kejadian yang berlaku di Kampung Tambirat, Asajaya yang membabitkan kanak-kanak seawal usia 17 bulan (1 tahun 5 bulan) dan 5 tahun menjadi mangsa pencabulan sehingga dikatakan mempunyai kesan lebam-lebam di alat sulit mereka.  Ekoran daripada itu juga seorang pemuda iaitu suspek  telah ditahan dan direman seminggu untuk membantu siasatan. Difahamkan kes ini disiasat dibawah Seksyen 14(a) dan (d) Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang mana jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.  

Perbuatan seperti ini jangan sesekali dianggap isu terpencil lagi kerana ianya membabitkan mereka yang terlalu lemah.  Kita sebagai orang dewasa adalah pelindung kepada mereka dan sekiranya ada anak-anak kecil yang datang kepada kita cuba memberitahu tentang sesuatu kita harus peka. 

Thursday, 27 July 2017

STATUS TERKINI PROJEK JAMBATAN KATIBAS




JAMBATAN Katibas merupakan salah satu projek yang dirangka bagi melengkapkan hubungan jalanraya antara Kanowit-Song-Kapit.  Kos untuk pembinaan jalan penghubung sepanjang 5.4 km ini sahaja dianggarkan RM71 juta.  

Kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan dan berdasarkan laporan terkini ternyata ianya sedikit masa lagi akan siap sepenuhnya.  Siapnya kelak sudah tentu akan memberi 1001 rahmat kepada rakyat di kawasan pedalaman baik dari segi ekonomi mahupun sosial. 

Wednesday, 26 July 2017

CUKAI PELANCONGAN HANYA UNTUK PELANCONG ASING


SETELAH pelbagai reaksi rakyat terutama sekali rakyat Sarawak di dalam membicarakan cukai pelancongan yang cuba dilaksanakan di Malaysia, akhirnya semalam Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Dato Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz tampil memperjelaskan polisi baru yang mengenai akta tersebut.

Mengikut apa yang diperjelaskan di Dewan semalam menyatakan bahawa Cukai Pelancongan yang dijangka akan dilaksanakan pada tanggal 1 Ogos 2017 ini hanya dikenakan sepenuhnya untuk para pelancong asing.  Kesemua pelancong asing akan harus membayar RM10 harga dasar untuk setiap bilik tanpa mengira status beberapa bintang hotel tersebut.  Dan rakyat Malaysia pula terkecuali sepenuhnya daripada membayar apa-apa untuk cukai pelancongan ini.

Begitulah ceriteranya mengenai cukai pelancongan yang telah dipinda beberapa kali cara perlaksanaan hanya kerana terlalu tergopoh-gapah membuat sebarang keputusan.  Walaupun kemenangan berpihak kepada rakyat Malaysia itu sendiri tetapi ianya juga turut menampakkan betapa “pintarnya” sesetengah Menteri Persekutuan Malaysia walaupun orang lama di dalam politik membuat sesuatu perlaksanaan tanpa membuat penyelidikan yang sedalam-dalamnya.
  

Tuesday, 25 July 2017

RABIES SEMAKIN HAMPIRI PUSAT BANDAR KUCHING


NAMPAK gayanya virus rabies semakin tiada titik noktahnya apabila semalam 25/7/2017, dua lagi kawasan baharu telah diisytiharkan sebagai kawasan yang terjejas. Ianya bertepatan dengan garis panduan mengikut section 37(1) Veterinary Public Health Ordinance 1999.
Dua kawasan baharu yang sudah dikenalpasti itu adalah Pasar Basah Sungai Maong di Kuching dan Serikin di Bau. Dengan ini sekaligus menunjukkan bahawa Pusat Bandar Kuching juga sudah termasuk di dalam radius kawasan yang terjejas.
Sejak wabak rabies melanda, ianya telah meragut lima korban setakat ini. Pemvaksinan untuk pencegahan serta memberikan penerangan tentang bahaya virus rabies tetap diteruskan.

Monday, 24 July 2017

HUKUMAN MELAMPAU 2 PELAJAR DIKEJARKAN KE HUS


HANYA tidak mengikut arahan iaitu dengan tidak mencetak kerja latihan matapelajaran Pendidikan Sivik dan Ketatanegaraan, tiga pelajar sekolah menengah agama di Kuching dihukum oleh gurunya. Akibat daripada hukuman melampau itu menyebabkan dua daripada mereka dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak pada Khamis lepas kerana sudah tidak mampu untuk berdiri dan bergerak seperti biasa.  

Ketuk ketampi sebanyak 300 kali kemudian senam cangkung 200 kali dan seterusnya bangkit tubi 300 kali dan diikuti pula tekan tubi 200 kali. Dan ianya terus ulangi lagi sebanyak 50 set dalam masa satu jam. Begitulah hukuman melampau yang dikerah ke atas tiga pelajar tersebut oleh seorang guru wanita di Kuching.  Satu hukuman yang sebenarnya jika difikirkan adalah hukuman “ala komando” yang enduransinya selayaknya untuk anggota tentera bukannya seorang pelajar sekolah.

Difahamkan menurut laporan perubatan melihat kepada kecederaan pelajar ini didapati bahawa tisu dan otot pada kedua-dua paha telah terkoyak.  Dan apa yang lebih membimbangkan berkemungkinan besar mungkin ada implikasi berlarutan seperti boleh merosakkan buah pinggang mereka.  

Buat masa sekarang, kaum keluarga pelajar sudahpun membuat laporan polis atas hukuman melampau ke atas anak-anak mereka malah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak juga sudah sedia maklum mengenai insiden ini.  Insiden ini tidak boleh hanya dipandang sipi-sipi kerana ini melibatkan masa depan generasi mendatang kita.  Hukuman itu hendaklah berpada-pada dan bukannya hanya hentam kromo semata-mata tanpa mempunyai belas sebagai seorang manusia. 

Apakah kita ingin peristiwa yang berlaku keatas seorang pelajar tahfiz di Kota Tinggi, Johor berulang kembali hanya kerana hukuman yang tidak masuk akal dikenakan keatas seorang pelajar? Kita bersedih atas hal ini dan janganlah ianya berlaku di Sarawak pula.

Sunday, 23 July 2017

OPERASI PEMVAKSINAN CEGAH RABIES DITERUSKAN


SETAKAT semalam, virus rabies yang melanda Sarawak sudahpun mengorbankan 5 nyawa dengan yang terbaru adalah seorang rakyat Sarawak berumur 52 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 10.30 malam di Hospital Umum Sarawak.  Serentak dengan itu radius wabak rabies turut semakin meluas dengan kawasan Batu 5, Kampung Semeba adalah yang kawasan yang terbaru terjejas.  

Ditengah corat-coret yang memperkatakan tentang kekurangan bekalan vaksin di Sarawak, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak terus mempergiatkan tugasan mereka dengan menyediakan pemvaksinan percuma untuk haiwan-haiwan peliharaan penduduk di kawasan yang terjejas.  Ini termasuklah memberikan penerangan kepada orangramai bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai bahaya rabies.  

Bagi penduduk di kawasan yang terjejas supaya terus berwaspada dan sekiranya mempunyai haiwan peliharaan hantarkan segera untuk pemvaksinan rabies serta kurunglah mereka di dalam sangkar buat sementara waktu ini. Dan sekiranya mempunyai simptom-simptom rabies segeralah menghubungi pihak yang terlibat untuk tindakan segera. 

Thursday, 20 July 2017

HARI SARAWAK 22/7/2017

UNTUK semua rakyat Sarawak diucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak, 22 Julai 1963 - 22 Julai 2017.

POKOK KEKABU SEBAGAI SAKSI BISU SEJARAH SARAWAK


SEKARANG merupakan musimnya mengeluarkan kekabu daripada pohonnya.  Sesuatu kejadian yang saban tahun akan menarik minat warga Kuching akan berhimpun di Padang Merdeka, Kuching.  Manakan tidak kerana berada di tengah-tengah lokasi itu seolah-olah berada di suasana bersalji walaupun bahangnya panas.  Itulah istimewanya satu pohon kekabu yang sudah wujud di Padang Merdeka ratusan tahun lamanya.  

Dikala corat-coret dunia netizen di media sosial memuat turun suasana di aktiviti pohon kekabu di Padang Merdeka, mungkin kita semua lupa bahawa pohon kekabu ini juga turut menyimpan seribu satu memori di dalam lipatan sejarah Sarawak dari pemerintahan Brooke sehinggalah Sarawak, Malaysia sekarang.  Tanggal 22 Julai 1963, ianya juga menyaksikan geo politik Sarawak bertukar tangan dari pemerintahan Koloni Mahkota Sarawak British kepada pemerintahan anak watan Sarawak melalui kabinet pertama yang dipimpin oleh Tan Sri Datuk Stephen Ningkan serta lima lagi Ahli Supreme Council iaitu Teo Kui Seng, James Wong Kim Min, Dustan Endawie anak Enchana, Awang Hipni bin Pengiran Anu dan Abdul Taib bin Mahmud.

Kemudian pada tanggal 16hb September 1963, di Padang Merdeka inilah juga pengistiharan Negara Malaysia diumumkan oleh Gabenor pertama iaitu Tun Datuk Abang Haji Openg bin Abang Sapiee dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama iaitu Tan Sri Datuk Stephen Kalong Ningkan.  Pokok kekabu jugalah antara saksi bersama ribuan rakyat Sarawak yang bersama-sama meraikan satu negara baru bergelar Negara Malaysia.  

Dari zaman pendudukan Jepun Perang Dunia Kedua serta laungan anti-cession Sarawak kepada koloni British, pohon kekabu di Padang Merdeka tetap ada.  Tiada tanda harga yang boleh diletakkan untuk pohon kekabu di Padang Merdeka. Ianya terlalu dekat di hati rakyat Sarawak amnya warga Kuching khususnya.  Sebagai saksi bisu sejarah Sarawak selamanya.

Selamat Menyambut Hari Sarawak, 22 Julai 1963

Monday, 17 July 2017

JAMBATAN BARU UNTUK BATANG LASSA


PROJEK Pan Borneo Highway sedang rancak dibina di Sarawak sekarang.  Sejajar dengan itu juga banyak jalan pesisir di Sarawak turut dinaiktaraf sebagai penghubung kepada lebuhraya ini kelak ke seluruh kawasan luar bandar.  Tidak ketinggalan untuk wilayah Mukah - Tanjung Manis yang turut menyaksikan pembinaan jalan pesisir diperhebatkan.
Bagi memberi impak ekonomi yang lebih kukuh maka beberapa hari yang lepas menyaksikan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari menyatakan persetujuannya untuk membina satu lagi jambatan baru bagi Batang Lassa.  Ianya dikatakan apabila siapnya kelak akan menjadi jambatan kedua terpanjang di Sarawak setakat ini pernah didirikan.  Walaupun jumlah kos sebenar masih belum lagi diputuskan namun pembinaan jambatan ini sudah tentu akan memberikan 1001 faedah kepada penduduk di sekitarnya.  
Sarawak sekarang sedang menuju ke arah pembangunan yang mampan dan diharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kita semua.  

VIRUS RABIES RAGUT KORBAN KE-4

JUMLAH korban virus rabies di Sarawak sudah mencecah empat orang setakat ini apabila semalam sekitar jam 2.00 petang, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun iaitu Florancesia Anak Edward meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.  Mendiang Florancesia berasal dari Kampung Ampungan, Serian iaitu salah satu perkampungan yang sudah disahkan antara perkampungan yang dilanda wabak rabies sekarang.  
Setakat ini pihak Kementeria Kesihatan Malaysia sudah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi membendung wabak ini dari terus menular dengan memberi penerangan kepada penduduk perkampungan serta memberi vaksin percuma kepada anjing dan kucing yang ada di kawasan yang terlibat.  
Salam takziah untuk keluarga Mendiang Florencesia.  May her soul rest in peace.  Amen.

Sunday, 16 July 2017

TRAGEDI MH17 DALAM KENANGAN 17 JULAI 2014


IANYA ditafsirkan antara tragedi dunia penerbangan yang paling buruk pernah berlaku di era abad 20an.  Walau sudah melangkau tiga tahun berlakunya tragedi yang menyayat hati ini, ianya masih tetap bugar di hati kaum keluarga mahupun rakyat Malaysia itu sendiri.  

17 Julai 2014 yang lalu, dunia bersedih apabila sebuah pesawat MH17 milik Sistem Penerbangan Malaysia telah ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukraine.  Dunia mengutuk sekeras-kerasnya atas tindakan ini kerana walau apapun jua mereka yang berada di dalam penerbangan dari Belanda ke Malaysia itu langsung tidak mempunyai perkaitannya dengan gejolak yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.  

Yang pasti kesemua mangsa sudahpun tiada namun keadilan untuk mereka harus diperjuangkan.  Terpulang kepada Kerajaan Malaysia untuk mengatur bicara agar apa yang berlaku ke atas pesawat MH17, anak-anak kapal dan penumpangnya akan mendapat pembelaan sewajarnya.  

Al-Fatihah. Amin.

Lest We Forget.



Friday, 14 July 2017

ANAK SARAWAK JUARA 3 EMAS 1 PERAK DI “TALENT OLYMPICS” DUNIA




KECINTAANNYA untuk memartabatkan seni muzik tradisional iaitu sape sememangnya amat mengkagumkan. Bakat yang ada pada dirinya dieksplorasi sebaik mungkin dengan berguru dengan mereka yang sememangnya ahlil di dalam muzik tradisional Kaum Orang Ulu Sarawak ini.  

Siapa sangka seorang anak Sarawak mampu mengangkat nama Sarawak, Malaysia di mata dunia melalui persembahan yang memukau di ketika berlangsungnya “Talent Olympics”, WCOPA yang saban tahun diadakan di Long Beach, California baru-baru ini.  Saufi Aiman Yahya, begitulah nama seorang pemuda anak Sarawak yang begitu membanggakan kita semua apabila berjaya dinobatkan sebagai Juara Pingat Emas untuk tiga kategori pertandingan iaitu kategori Jazz, Kontemporari dan Klasik Tradisional.  Manakala mendapat Pingat Perak untuk kategori Karya Asli.  

Semoga kejayaan anak Sarawak ini menjadi pembakar semangat untuk anak Sarawak yang lain terus mengukir nama di arena antarabangsa.  Tahniah dan syabas untuknya dan teruslah kibarkan bendera Sarawak di mata dunia.   

Thursday, 13 July 2017

KORBAN KE-3 VIRUS MENINGGAL DUNIA & SEORANG KRITIKAL


SEORANG lagi kanak-kanak disahkan meninggal dunia akibat terkena jangkitan virus rabies sekitar jam 2 petang tadi.  Menurut info awal yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mangsa terbaru meninggal dunia adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dan berasal dari Kampung Lebor.

Setakat ini sejak virus Rabies yang melanda Serian, ianya sudah meragut nyawa 3 orang mangsanya manakala seorang lagi masih lagi kritikal di Hospital Umum Sarawak.   
Salam takziah untuk keluarganya. RIP. 

Tuesday, 11 July 2017

KAMPUNG SAROBAN KAWASAN BAHARU WABAK RABIES


BELUM lagi selesai pemantauan wabak rabies yang melanda Serian, hari ini satu lagi perkampungan telah diisytiharkan sebagai kawasan baharu wabak rabies.  Pengisytiharan yang selaras dengan Seksyen 37(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 (Cap. 32) itu dibuat menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pagi tadi.

Keputusan itu dibuat selepas persetujuan dicapai dalam Perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas membabitkan ,seketeriat JPBN,Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

Kampung Saroban merupakan antara perkampungan yang terletak tidak jauh daripada kawasan perkampungan yang bermulanya wabak rabies dikenalpasti baru-baru ini.  Selain itu adalah difahamkan berkemungkinan besar Kampung Remun dan Kampung Lebor yang terletak di dalam lingkungan 1 km radius juga turut terjejas.  

Sunday, 9 July 2017

APA JADI SISTEM PENDIDIKAN KITA


copy and paste dari tulisan Che Kamaliah Endut, Bekas pendidik dan pegawai KPM

APA JADI SISTEM PENDIDIKAN KITA

Rakan2 semua, cuba kaji sejarah.

1. 1998 seorang Timb. Menteri Pendidikan mencadangkan supaya PMR bukan jadi penentu naik ke Ting 4. Naik T4 secara "automic promotion". Budak2 MELAYU melompat "kegirangan". Tak payah lulus pun boleh naik darjah. Akibatnya, PMR dapat SEMUA E pun naik.ke Ting 4.

2. 1999 Timb. Menteri Pend yg sama mencadangkan agar BM sahaja diperlukan utk LULUS SPM. Sekali lagi budak2 melayu melompat "keseronokan" dan rasa sangat bertuah. Pengetua2 pun seronok - Results SPM 100% setiap tahun. PPD dan JPN tak.bising pasal percentage lulus sbb Lulus BM, maka Lulus SPM.

Akibatnya, berlambak2 budak Melayu lulus tapi gagal m/pelajaran lain dan melepak, merempit dan jadi pekerja kilang lepas SPM.
Bilangan anak melayu yg masuk.ke aliran sains merosot. Bangsa lain sedar cepat, mereka tidak leka.

3. Tahun 2002 ada wakil rakyat cadangkan agar yuran PMR dan yuran SPM dimansuhkan. PM ke-5 masa tu setuju. Akibatnya, yuran pemeriksa kertas soalan PMR dan SPM tak naik2. Tiada insentif. LPM kaku...nak beli mesin OMR pun tak ada upaya. Kebocoran kertas soalan berleluasa.

Results melambung2 hebat. Akhirnya LPM tukarkan PMR kpd PBS? PT3? School-based assessment yg diurus oleh guru2 dan tak.perlu dibayar.

Anak2 melayu "berseronok" lagi. PMR mula tiada harga.

4. Tahun 2000 Kertas 3 utk Bio/ Kimia/ Fizik diperkenalkan. Anak2. Science dan Math di perkenalkan. Anak2 Melayu sangkut. Bangsa lain tetap di hadapan.

5. Lepas tu diperkenalkan calculator. Cuba check bila dan siapa bawa usul ini? Siapa menterinya?? Anak melayu seronok sebab tak payah buat kira2 secara congak. Tak payah press otak....

6. Sekarang, isu hp pulak dibawa. Anak2 melayu "meraung2 bersorak". Check siapa menteri2 dalam education kita.

Saya berada selama 30 tahun dalam LPM - dapat melihat data mentah results anak2 melayu selepas sesuatu POLISI dibuat. memang menyedihkan. Kita si SBP tak nampak benda2 macam ni sbb kita dapat yg " creme de la creme". Tak ramai guru kita yg jadi KETUA PEMERIKSA Subjek2 Sains di LPM.

Saya mengikuti sejarah perubahan2 dalam sistem pendidikan ini sejak saya jadi guru lagi. Setiap kali, kesannya merugikan orang Melayu. Kita mudah digula2kan dengan keseronokan dan keselesaan.

MELAYU MUDAH LUPA.. memang betul.

SAYA MENCADANGKAN, KALAU NAK FIGHT BENDA NI MESTI PAKAI DATA YG KONKRIT, BUKAN SENTIMEN. KAJI SEJARAH, BUKAN SEKADAR APA YG KITA RASA PATUT DAN APA YG KITA INGIN. MUNGKIN KENA BUAT KAJIAN IMPAK DI SEKOLAH2 KITA - TAK.PAYAH SEKOLAH HARIAN. DAPATKAN INPUT DARI GURU2 PEMERIKSA KERTAS. SEEK AUDIENCE DGN MENTERI. PROTES TANPA DATA TAK KUKUH.

Perkara ini bukan pasal handphone. Ini berkaitan dengan "SURVIVAL BANGSA MELAYU".

Dalam tempoh 40 tahun, saya terus melihat bagaimana bangsa ku diPERKOTAK-KATIKKAN tanpa disedari. Inilah yg dikatakan "ethnic cleansing" melalui pendidikan.

KAJI KESAN SESUATU POLISI MENGIKUT KAUM. GUNA DATA.

Jangan terkejut, bangsa kitalah yg paling ghairah menyokong polisi tersebut dan kemudian yg paling kuat melalak apabila nasi dah menjadi bubur.

CHE KAMALIAH ENDUT
(Bekas Pendidik dan Pegawai KPM)

RIBUAN HADIR DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BANG DRIS





JIKA diikutkan inilah pertama kalinya ADUN N16 Muara Tuang, Dato Haji Idris bin Haji Buang atau lebih mesra dikenali sebagai Bang Dris di kalangan rakyat mengadakan rumah terbuka sambutan aidilfitri sebagai seorang Yang Berhormat. Bertempat di Marqas Operasi N16 Muara Tuang iaitu di Desa Ilmu pada tanggal 7hb Julai 2017 iaitu Jumaat lepas sememangnya adalah majlis rumah terbuka yang penuh meriah dan gilang gemilang pernah diadakan di Muara Tuang setakat ini.

Dengan menjunjung segala tradisi masyarakat Melayu Sarawak bermula daripada hidangan tradisi aidilfitri seperti lemang, rendang serta banyak lagi menyaksikan setiap yang datang “berjarah raya” tidak pulang dengan perut kosong. Tidak cukup dengan itu, pihak pengelola majlis cukup bijak dengan menyelang selikan majlis dengan acara cabutan bertuah serta pertandingan “mengikat sabok” bagi memeriahkan sambutan majlis. Kehadiran rakyat dari pelbagai kaum dan agama juga membuktikan bahawa sambutan hariraya Bang Dris ini bukanlah hanya mengkhusus kepada umat Islam sahaja namun ianya juga sebagai salah satu wadah untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah antara masyarakat di Sarawak.

Bagi rakyat pula sudah tentu inilah masanya untuk berkenalan secara empat mata dengan pemimpin Bang Dris sekeluarga sebagai tuan rumah yang mungkin amat jarang ditemui pada hari-hari biasa. Kemeriahan dan suksesnya pengelolaan majlis ini sudah tentu akan menjadi penanda aras untuk sambutan rumah terbuka pada tahun-tahun yang berikut.

Syabas dan tahniah Bang Dris dan Team N16 Muara Tuang