Saturday, 31 December 2016

HAPPY NEW YEAR 2017


May the year be brighter than the one gone by; enveloped in goodness, well being, bliss and wealth.


Happy New Year!

Tuesday, 27 December 2016

TUN M: BRIM ITU RASUAH!


KENYATAAN yang dikeluarkan oleh mantan PM dan juga sekarang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu satu rasuah dan salah disisi undang-undang baru-baru ini telah mendapat respons pelbagai daripada rakyat.  Namun disebalik kenyataan ini mungkin ramai tidak sedar bahawa ianya sebenarnya menghina golongan penerima BR1M itu sendiri. 

Kita mengetahui bahawa pemberian bantuan ini hanyalah atas rasa tanggungjawab Kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional untuk bersama-sama meringankan beban rakyat.  Dengan kos sarahidup sekarang walaupun ianya Nampak sedikit tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membantu juga.  Dan pemberian bantuan tidak mengira penerimanya menyokong parti politik mana asalkan memenuhi syarat sudah tentu layak untuk menerimanya.

Jika kita melihat kaedah bantuan kepada rakyat ini sudah lama diamalkan oleh Negara-negara lain. Di Amerika Syarikat telah diadakan pemberian kupon makanan kepada rakyat dan tidak terkecuali juga di United Kingdom terkenal dengan dana sosial.  Dan untuk Negara jiran seperti Thailand juga turut ada iaitu pemberian wang tunai saban tahun kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah agar sama-sama meransang ekonomi.  Jadi dimanakah silapnya sekiranya Malaysia juga berbuat demikian bagi membantu rakyat berpendapatan rendah.

Untuk rekod bagi tahun 2016 ini sahaja terdapat lebih kurang 7,280,349 penerima BR1M yang layak di seluruh Negara.  Dan yang paling tinggi penerimanya adalah negeri Selangor iaitu kira-kira 1,017,403 orang penerima.  Jika diskriminasi yang dikaitkan mengapa rakyat negeri Selangor bebas memilih parti pemerintahnya kerana itu bukan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional. 

Yang pasti, BR1M itu hak rakyat dan siapa sahaja layak untuk menerimanya jika memenuhi syarat.  Umpama kata bidalan lama, orang memberi kita merasa. Mengundi siapa itu hak setiap rakyatnya.   

PROGRAM BACK TO SCHOOL BINTULU 2017




2016 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Maka menjelmalah tahun 2017 yang sudah tentu menandakan bahawa inilah tahun baru persekolahan bagi anak-anak kita.  Sekarang ramai ibubapa sudah membuat persediaan yang perlu bagi anak-anak mereka menyambung persekolahan. Tetapi bukan semua yang bernasib baik kerana janganlah kita melupakan keluarga yang kurang berkemampuan.

Untuk ke sekian kalinya Program Back To School Bintulu 2017 diadakan lagi iaitu hasil daripada inisiatif MyCare dengan kerjasama daripada i-Bantu dan IKRAM wilayah Bintulu.  Untuk kali ini seramai 42 orang pelajar terpilih untuk menerima peralatan persekolahan baru.  42 pelajar ini adalah anak-anak penduduk di Kampung Baru Laut, Kampung Jepak dan Kampung Kemunting, Kuala Tatau. 

Badan-badan NGO ini bersatu hati untuk melestarikannya dengan membuat pembelian sendiri ke gedung-gedung yang menawarkan harga yang berpatutan. Dan sekali lagi kerana niat yang baik sudah tentu ada yang turut menyokong iaitu untuk pembelian persekolahan kali ini mendapat “diskaun istimewa” dari pihak Sing Kwong Supermarket, Bintulu. 

Melihat anak-anak ini menerima bantuan persekolah sudah tentu tersentuh hati kita.  Semoga usaha murni ini akan diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya.  Semoga anak-anak pewaris pemimpin Negara ini mendapat motivasi untuk terus menimba ilmu sebalik mungkin.  

Monday, 26 December 2016

MUSIM DABEI DI SARAWAK


BUAH Dabei atau dabai di dalam bahasa Malaysia standard bukanlah asing bagi masyarakat di Sarawak.  Dan sekarang merupakan musim buah dabei kerana buah ini bukanlah ada di sepanjang tahun sebaliknya musimnya jatuh pada setiap November hingga Januari saban tahun. 
Di dalam bahasa saintifik, Buah Dabei dipanggil dengan nama Canarium Odontophyllum dan merupakan salah satu daripada buah nadir tempatan di dalam keluarga Burseraceae. Di dalam keluarga Burseraceae ini pula terdapat 75 spesis dan buah dabei pula adalah salah satu daripada yang satu-satunya boleh tumbuh di Sarawak, Malaysia. Dan setakat ini tiada lagi kenyataan yang membenarkan bahawa pokok dabei boleh tumbuh di mana-mana negeri di dalam Gagasan Malaysia selain daripada di Sarawak. Itulah keunikan buah dabei yang ramai tidak mengetahuinya. 
Perlulah diingatkan bahawa buah dabei bukannya boleh dimakan mentah kerana ianya keras sewaktu mentahnya. Buah dabei yang sudah ranum masak harus direbus dahulu bagi melembutkan isinya dan dengan hanya meletakkan sedikit garam sewaktu ianya direbus, keenakannya tekstur isinya akan dapat dinikmati. Inilah salah satu cara yang paling senang untuk menikmati kelazatan buah dabei Sarawak.
Namun begitu sejajar dengan waktu, buah dabei juga sekarang menjadi salah satu ramuan di dalam menu masakan masyarakat Sarawak dan yang paling popular adalah menu masakan “Nasi Aruk Dabei”.  Selain itu dabei juga sudah dikomersialkan seperti jus dabei serta banyak lagi bagi memenuhi permintaannya di pasaran. 
Sekarang lambakan buah dabei banyak di pasaran tempatan dan sudah tentu masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa sedang “berpesta” buah dabei.  Dan sesuai dengan kedatangan musimnya juga maka ianya memberi seribu rahmat kepada penjaja-penjaja kecil-kecilan kerana dapat mencari rezeki lebih pada ketika ini. 

Sunday, 25 December 2016

PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG TERBESAR DI MIRI


DEWAN serba guna sememangnya antara kemudahan komuniti yang sering menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti samada bersukan mahupun untuk mengadakan majlis kenduri kendara.  Ini memandangkan kemudahan parkir serta banyak lagi sudah tentu amat menyelesakan. 

Yang biasa kita lihat mungkin dewan serbaguna bersaiz kecil sahaja tetapi tidak bagi projek pembinaan dewan serbaguna Kampung Pujut Tanjung Batu di Miri.  Dengan kos pembinaan sebanyak hampir setengah juta iaitu RM550,000 menyaksikan dewan serbaguna kampung ini akan mencatat sejarahnya tersendiri kerana ianya adalah dewan serbaguna kampung terbesar pernah dibina di Miri, Sarawak. 

Dengan saiznya 100 kaki panjang dan 40 kaki lebar sudah tentu akan memberikan impak kepada aktiviti rakyat setempat.  Ditambahlagi banyak kemudahan sukan boleh disediakan dengan ditambah pembinaan parkir atau kawasan letak kereta yang besar buat kemudahan semua.  Dan diceritakan bahawa projek ini dijadualkan siap sepenuhnya pada pertengahan April 2017 ini.

Inilah antara permintaan yang sering diimpikan oleh rakyat dan kerajaan harus mendengar apa yang mereka mahukan.  Mereka tidak meminta bangunan pencakar langit untuk dibina sebaliknya apa yang baik dan selesa bagi mereka melakukan sebarang aktiviti sukan dan kemasyarakatan. 

Wednesday, 21 December 2016

MERRY CHRISTMAS 2016


MAY the spirit of christmas bring you and your family hope, happiness and love.

Merry Christmas And Happy New Year! 

TAMAN NEGARA BAKO, KUCHING, SARAWAK


JIKA melihat kepada teaser artikel ini janganlah pula terkeliru bahawa pemandangan yang indah ini merujuk kepada Pulau Phuket di Thailand. Sebaliknya inilah antara panorama indah ciptaan Ilahi apabila kita berbicara mengenai satu taman Negara yang lokasinya kira-kira 37 km ke utara ibukota Kuching, Sarawak. 

Dibuka pada tahun 1957 menjadikan ianya satu taman Negara yang unik kerana ianya adalah antara legasi taman Negara sejak Sarawak masih lagi menjadi tanah jajahan Koloni British Borneo Sarawak.  Kerana keindahan dan juga kepentingannya di dalam memulihara sumber alam semulajadi walaupun Sarawak membentuk Malaysia pada tahun 1963, ianya tetap dikekalkan menjadi salah satu tarikan pelancongan di Sarawak sehingga sekarang. 

Untuk ke taman Negara ini masih tiada lagi perhubungan darat namun begitu sejak ianya dibuka lagi masih mengekalkan pengangkutan yang sama iaitu perkhidmatan bot yang boleh didapati di Kampung Bako, salah satu perkampungan nelayan yang ada di Sarawak.  Dengan mengambil masa kira-kira 45 minit, maka tibalah ke destinasi iaitu di Telok Assam, Bako.
 
Keindahan taman Negara tertua ini bukan hanya terletak kepada panorama alamnya malahan juga keindahan dan kekayaannya terletak pada penghidupan liar yang mempunyai pelbagai spesis seperti kera belanda, burung-burung serta banyak lagi.  Biarpun ianya adalah taman Negara yang kecil namun disini sahaja mempunyai pelbagai aktiviti boleh dilakukan. 

Bagi yang suka pada sukan lasak maka bolehlah memulakan perjalanan “hiking” membuat eksplorasi dari satu pantai ke pantai mengelilingi taman Negara Bako.  Ianya juga sebenarnya memerlukan “endurance” yang tinggi kerana perjalanannya agak panjang jika berjalan kaki.  Selain itu apabila lelah dan ingin mandi manda mungkin boleh menyejukkan badan di air terjun di dalam kawasan hutan taman Negara yang mana airnya begitu jernih dan menyejukkan. 

Sememangnya banyak tarikan di taman Negara sehingga ianya boleh bertahan sehingga sekarang.  Taman Negara Bako juga merupakan salah satu daripada pusat kajian bagi mereka yang mengkaji mengenai penghidupan paya bakau yang menjadikannya antara taman Negara yang gah namanya di dunia. 

ANAK SARAWAK, PANGLIMA TUDM KE-18 YANG BAHARU


SATU lagi sejarah terukir semalam apabila seorang anak Sarawak terpilih untuk menjadi Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia yang ke-18 bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Roslan bin Saad yang bersara wajib baru-baru ini.  Anak Sarawak yang menjadi kebanggaan kita ini adalah Jeneral Datuk Seri Affendi bin Buang.  Perlantikan ini juga mencatatkan sejarahnya tersendiri kerana inilah kali pertama seorang anak Sarawak yang pernah dilantik untuk memegang jawatan No.1 di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia. 
Dilahirkan pada tahun 1962 di Kampung Lintang, Petrajaya, Kuching Sarawak, kerjayanya bermula sebagai anggota tentera apabila memasuki perkhidmatan pegawai kadet TUDM dan ditauliah  di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 1981. Setelah tamat latihan penerbangan sekitar tahun 1983, beliau telah menceburi banyak tugasan juruterbang jet pejuang seperti seperti MB 339A , A4PTM, Skyhawk dan MIG29N Fulcrum.
Sebelum memegang jawatan no.1 TUDM ini, beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Jurulatih Penerbangan dan Komander Pangkalan Butterworth, Pengarah Perancangan dan Kontingensi di Markas Angkatan Bersama Malaysia, Ketua Pengarah Operasi dan Latihan dalam Markas Operasi Udara, Panglima Angkatan Bersama dan Panglima Operasi Udara. Dan jawatan terakhirnya adalah sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara.
Bertemu jodohnya dengan YAB Tengku Puteri Seri Teja Pahang iaitu Tengku Muhaini Ibnu Sultan Haji Ahmad Shah telah dikurniakan dengan 4 putera dan 3 puteri. 

Salam tahniah dan semoga terus berkhidmat untuk Negara dengan sebaik-baiknya.  

Tuesday, 20 December 2016

SUMBANGAN KRISMAS DARI KM SARAWAK DAN ISTERI

BILA tiba musim perayaan seperti hari Krismas serta sambutan yang lain, kita jangan sesekali melupakan mereka yang tidak bernasib baik.  Banyak cara untuk kita memberikan hadiah walaupun tidak seberapa namun ianya besar ertinya bagi mereka. 
Semalam menyaksikan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Adenan dan isterinya memberikan sejumlah sumbangan hasil daripada bakat kedua-duanya iaitu bernyanyi di dalam banyak majlis-majlis rasmi yang dianjurkan kerajaan dan swasta di Sarawak.  Setakat ini dikatakan bahawa hasil sumbangan lagu-lagu mereka telah berjaya mengumpul hampir RM6 juta semuanya. 
Untuk perayaan krismas kali ini, Datuk Adenan dan isterinya telah memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada 10 rumah kebajikan dan badan amal menerusi Yayasan Sarawak.  Antara yang menerima adalah Pibakat, Pusat Aktiviti Warga Emas Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak Heart Foundation, Kidney Association of Sarawak, Sarawak Society for the Blind, Sarawak Children’s Cancer Society, Persatuan Kebajikan Harapan Malaysia, Malaysian AIDS Foundation, Sabati, The Carnation Club dan 52 orang kanak-kanak dari Salvation Army.

Sunday, 18 December 2016

JAMBATAN BATANG SADONG BUKTI KOMITMEN KERAJAAN


BUKTI komitmen kerajaan akhirnya terbinalah jambatan Batang Sadong yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.  Ianya adalah salah satu daripada janji yang ditunaikan buat rakyat di Sarawak lebih-lebih lagi penyiapannya juga akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan yang terlibat. 
Dengan kos sebanyak RM231 juta, jambatan Batang Sadong juga menempa sejarahnya tersendiri kerana dibina kurang daripada kos yang diperuntukkan iaitu RM243 juta iaitu kurang RM12 juta.  Jambatan yang merentangi Batang Sadong ini dianggarkan panjangnya sahaja adalah 1.48 km.   Dan ianya adalah jambatan yang terpanjang di Sarawak buat masa sekarang.  
Selain daripada itu berita gembira turut diraikan oleh rakyat Sarawak apabila di ketika perasmian, PM Malaysia turut mengumumkan bahawa menjelang tahun 2018 satu lagi projek mega akan dilaksanakan di Sarawak apabila perancangan pembinaan jambatan Batang Lupar pula akan menyusul selepas ini.  Dijangkakan kos untuk pembinaan jambatan ini sahaja boleh mencecah sebanyak RM1 bilion.
Dan seperti yang kita maklum bagi memenuhi tuntutan jajaran Lebuhraya Pan Borneo juga, beberapa jambatan sedang dibina sekarang seperti jambatan Batang Samarahan yang juga dijangka siap pada tahun 2018.  Manakala jambatan Batang Igan yang bernilai RM300 juta dan jambatan Batang Rambungan (RM130 juta) pula di dalam peringkat akhir perancangan.   

Foto kredit: BERNAMA 

Saturday, 17 December 2016

TAMAN NEGARA KUBAH DAN GUNUNG GADING DICEROBOH


SARAWAK cukup kaya dengan hutan tropikanya yang mana ada sesetengah kawasan hutan dijadikan taman Negara bagi memulihara sumbernya.  Malah jika dilihat kepada pencapaian misi dan visi Kerajaan Negeri Sarawak cukup membanggakan.  Segalanya dikekalkan agar ianya boleh dijadikan warisan untuk anak cucu kita pada masa hadapan. 
Namun di sebalik cerita keindahan dan keunikan taman Negara Sarawak yang kaya dengan biodiversitinya ini terselit satu cerita kurang enak.  Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Sarawak pada sabtu lepas menyaksikan ada cubaan untuk menceroboh Taman Negara Kubah dan Gunung Gading. Kedua-dua taman Negara ini terletak di sempadan antara Sarawak dan Kalimantan/Indonesia. 
Berdasarkan kepada denai-denai yang ditemui oleh penguatkuasa perhutanan meyakinkan bahawa pencerobohan ini dilakukan untuk mencuri kayu gaharu.  Kayu gaharu yang menjadi sebahagian daripada jenis pokok yang dipulihara di taman Negara ini cukup tinggi nilainya di pasaran dunia.  Apa yang lebih memeranjatkan lagi pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh rakyat di Negara jiran. 
Bukan untuk menuding jari pada sesiapa namun sebenarnya penglibatan semua dituntut untuk memastikan bahawa taman Negara kita tidak diceroboh sewenang-wenangnya.  Jika ada penduduk-penduduk tempatan yang tinggal di kawasan taman Negara ini mendapati ada kelibat aktiviti yang mencurigakan, diharap akan terus melaporkan kepada pihak yang berwajib agar pembasmian awal boleh dilakukan segera.

Thursday, 15 December 2016

PERKHIDMATAN “DOKTOR TERBANG”DI SARAWAK




KEDATANGAN mereka ke kawasan pedalaman Sarawak sering ditunggu-tunggu malah ada sesetengah pesakit yang berkehendakkan rawatan akan terpaksa meredah perjalanan darat mahupun sungai yang jauh untuk sampai ke “checkpoint” menanti.  Kekerapan ianya datang pula bukanlah secara harian sebaliknya ada yang sebulan mahupun dua bulan sekali barulah ada kelibatnya. 

Mengimbau sejarahnya perkhidmatan “Doktor Terbang” ini bermula pada tahun 1973 di Sarawak dan tujuannya untuk memberikan perkhidmatan kesihatan asas kepada penduduk di pedalaman Sarawak.  Dan perkhidmatan helicopter sewaan khas ini diterbangkan dari 3 wilayahnya iaitu Kuching, Sibu dan Miri.  Dan kebiasaannya pasukan “doktor terbang” akan dianggotai oleh seorang pegawai kesihatan, penolong pegawai kesihatan dan 2 jururawat pada setiap kali penerbangan.  Mereka inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat di pedalaman untuk merujuk tentang kesihatan mereka. 

Bumi Sarawak ini cukup luas dan belum lagi ditambah dengan faktor mukabuminya maka selagi infrastruktur seperti kemudahan jalanraya masih tidak mencakupi semua tempat maka selagi itulah ianya akan dituntut.   Jika Sabah sudah menghentikan perkhidmatan ini bermula Oktober 2016 yang lepas atas kekangan kewangan tetapi tidak bagi Sarawak kerana walau apapun juga alasan, rakyat Sarawak tidak kira di Bandar, luar Bandar mahupun pedalaman sentiasa didahulukan. 

Inilah antara denyut nadi penduduk di pedalaman Sarawak kerana perkhidmatan “Doktor Terbang” itu sangat penting disamping klinik-klinik kesihatan yang ada. Satu perkhidmatan kesihatan yang ramai tidak mengetahuinya sebaliknya begitu sinonim dengan penduduk di pedalaman Sarawak.  Sudah 43 tahun perkhidmatan “doktor terbang” ini menabur bakti mereka dan ianya akan diteruskan selagi diperlukan di Sarawak.

Wednesday, 14 December 2016

ZON BEBAS ASAP ROKOK MULAI 1 JANUARI 2017


BERKUATKUASA 1 Januari 2017, semua restoran, tandas awam dan tempat terbuka dibawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menjadi kawasan Zon Bebas Asap Rokok. Ini merupakan salah satu usaha daripada majlis berkuasa tempatan di dalam mencapai misi untuk menjadi sebuah bandaraya yang bersih, cantik dan selamat kepada masyarakat.

Kejayaan program ini di Negara-negara Eropah sememangnya cukup memberangsangkan malah banyak negeri di Malaysia contohnya Melaka sudah lama melaksanakan. Diharap majlis kerajaan tempatan yang lain di Sarawak turut sama melaksanakan dan bukan sahaja untuk di Kuching Utara sahaja.

Jadi pada mereka yang berada di kawasan yang dinyatakan sentiasalah peka pada persekitaran anda dan hormatilah setiap apa yang dianjurkan oleh Kerajaan. Sesungguhnya apa yang disarankan adalah demi kebaikan semua pihak.
 

SIA-SIALAH PENGORBANAN BILL KAYONG BILA...?

TRAGEDI yang menimpa Allahyarham Bill Kayong sememang sesuatu yang menyedihkan bagi setiap rakyat Sarawak tanpa mengira batas politik mahupun agama. Namun sebalik bagi Vernon Aji Kerdit yang juga antara pemimpin PKR Sarawak.    Apa yang dimuatnaik beliau di dalam status fbnya seolah-olah menidakkan usaha untuk menegakkan keadilan buat Allahyarham Bill. Menuduh dan memfitnah membabi buta umpama berpisah tiada dengan pemimpin PKR ini.
Tertangkapnya Dato' Stephen Lee adalah subjek utama di dalam merungkai kes pembunuhan ini. Tindakan VAK langsung tidak menghormati segala perjuangan BK selama ini.

Tuesday, 13 December 2016

SUSPEK UTAMA PEMBUNUHAN BILL KAYONG DITANGKAP


PADA 21 Jun yang lalu, kita dikejutkan dengan pembunuhan ke atas Allahyarham Bill Kayong yang juga seorang aktivis serta ahli politik PKR Sarawak di Kuala Baram, Miri, Sarawak.  Dan kita juga menyaksikan beberapa individu telah didakwa di mahkamah.  Sebaliknya dikatakan suspek utama yang juga perancang kepada tragedi pembunuhan ini iaitu Dato’ Stephen Lee Chee Kiang berjaya meloloskan diri dan dikatakan bersembunyi di Melbourne, Australia.
Umpama kata bidalan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua maka begitulah juga episod pelarian Dato’ Stephen Lee telah berakhir semalam apabila beliau telah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut sumber daripada PDRM menyatakan bahawa Dato’ Lee sebenarnya telah ditangkap oleh Ministry of Public Security China di Putian, Fujian Province pada 12hb Disember 2016 sebelum diusir keluar melalui Xiamen ke Malaysia.
Usahasama PDRM dan Interpol memungkinkan hal ini berlaku malah suspek utama ini turut diiringi pulang ke Malaysia oleh satu pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak sendiri iaitu SAC Dato’Dev Kumar.  Suspek utama pembunuhan ini dikhabarkan akan dibawa pulang ke Sarawak pada hari ini 14 Disember 2016 dan sudah tentu proses pendakwaannya akan dijalankan dengan segera.
Tahniah PDRM atas tindakan yang cepat ini.  Tiada kompromi bagi mereka yang merasakan mereka adalah “raja” mengatasi undang-undang Negara kita.  Keadilan untuk Bill Kayong harus ditegakkan. 

Monday, 12 December 2016

SULUK KEMBALI KE MIRI LAGI?


TAHUN lepas menyaksikan Kerajaan Negeri Sarawak dibawah agensinya telah melakukan operasi ke atas penempatan orang-orang Suluk yang dikatakan memasuki Sarawak secara haram di Miri.  Ramai antara mereka ditangkap dan dihantar pulang ke Negara asalnya. Dan tindakan itu dapat meredakan sedikit kebimbangan masyarakat tempatan lebih-lebih lagi warga nelayan yang mana dikatakan orang-orang Suluk ini turut melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan Sarawak. 
Namun berdasarkan kepada laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh Borneo Post bertarikh 12 Disember 2016 menyatakan seolah-olah orang-orang Suluk ini kembali lagi ke Miri.  Dan pihak nelayan tempatan di Miri menjadi saksi bahawa orang-orang Suluk ini melakukan aktiviti mereka seperti tiada yang perlu ditakuti.  . 
Bertindak daripada pembongkaran itu juga menyebabkan pihak berkuasa Sarawak dikatakan akan bermesyuarat pada hari Khamis ini bagi memperdalamkan serta meneliti segala bukti yang ada. Hal ini harus dilihat secara lebih serius kerana ianya sebenarnya mengganggugugat isu-isu keselamatan dan juga betapa penguatkuasaan maritime mahupun sempadan Sarawak seperti mudah untuk dibolosi. 
Sekiranya benar, tindakan segera harus diambil kerana kita tidak mahu Sarawak menghadapi masalah yang sama seperti apa yang dilalui oleh jiran seBorneo kita iaitu Sabah. 

Sunday, 11 December 2016

MAULIDUR RASUL 2016


SELAWAT dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Baginda Rasul adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingnya. Bersama-samalah kita berpegang kepada Sunnah dan Ajarannya.

12 Disember 2016 / 1438H

Thursday, 8 December 2016

AMARAN UNTUK PENJAWAT AWAM YANG MENYALAHGUNA KUASA


TIADA kompromi dan mana-mana penjawat awam Negeri Sarawak yang menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri maka mereka akan dibawa ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah walau siapa pun mereka.  Itulah antara amaran awal kepada penjawat awam Sarawak daripada Pengerusi PAC Sarawak (Sarawak Public Accounts Committee) yang baru sahaja dilantik iaitu ADUN Sadong Jaya, YB Ir. Aidel Lariwoo. 
Dengan banyaknya kes-kes penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh penjawat awam lebih-lebih di kalangan jawatan ekskutif di seluruh Negara sekarang menjadikan peringatan keras ini amat perlu bagi mereka yang telah diberikan tanggungjawab daripada kerajaan bagi berkhidmat untuk rakyat dengan penuh telus dan berintegriti tinggi.   Dan PAC sebagai mata dan telinga kerajaan harus lebih keras di dalam tindakannya lebih-lebih lagi menguruskan Sarawak yang besar ini sudah tentu mempunyai “loop-hole” yang boleh saja diambil kesempatan oleh mereka yang tidak lurus hatinya.
Barisan PAC Sarawak yang baru dilantik ini dianggotai oleh ADUN-ADUN dari pelbagai parti di Sarawak tanpa mengira mereka mewakili parti Barisan Nasional mahupun pembangkang.  Dengan diketuai oleh YB Aidel Lariwoo(BN-Sadong Jaya), pasukannya turut menampilkan muka-muka baru iaitu YB Lo Khere Chiang (BN-Batu Kitang),  YB Dato Ranun Mina (BN-Opar), YB Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjung Batu), YB Alexander Vincent (BN-Ngemah), YB Yussibnosh Balo (BN-Telian) dan YB See Chee How (PKR-Batu Lintang). 
Ketelusan daripada PAC Sarawak ini amat dituntut oleh rakyat Sarawak kerana jika amalan penyalahgunaan kuasa dan rasuah terus bermaharajalela di kalangan penjawat awam maka pada siapalah lagi rakyat untuk bergantung harap. 
Rasuah Itu Musuh Negara. 

Tuesday, 6 December 2016

TINDAKAN PANTAS BERJAYA SELAMATKAN 2 NYAWA


 2 remaja yang berjaya diselamatkan dari dibawa arus deras di Pantai Tanjung Batu, Bintulu

Aksi menyelamat dengan menggunakan kayak.

Julian Uloi, antara orang awam yang tampil menyelamatkan 2 remaja dari dihanyutkan.


MUSIM cuti sekolah sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh para ibubapa dan kanak-kanak.  Kerana pada musim cuti inilah ramai yang mempunyai masa bersantai-santai bersama keluarga ke tempat peranginan dan sebagainya.  

Hasrat 2 remaja untuk bermandi manda di pantai Tanjung Batu, Bintulu 2 hari lepas bertukar menjadi tragedi hitam kerana mereka dihanyutkan oleh ombak yang deras.  Tidak mampu melawan tolakan arus itu menyebabkan kedua-duanya terkapai-kapai di lautan.  Kejadian tersebut disedari orangramai dan ramai yang tampil untuk membantu tetapi kerana kurang kelengkapan mereka hanya mampu melihat dari jauh. 

Muncullah beberapa orang awam yang berada di situ termasuklah Julian Uloi, seorang pemuda yang dengan beraninya membelah lautan dengan berkayak.  Dengan adanya pelampung keselamatan beliau akhirnya berjaya menyelamat kedua-dua remaja tersebut ke pantai Tanjung Batu.  Kerana tindakan orang awam termasuklah Julian Uloi, nyawa kedua-dua remaja itu berjaya diselamatkan dan jika tidak mungkin kita akan mendengar satu lagi berita sedih setiapkali cuti sekolah akhir tahun bermula. 

Untuk rekod, Julian Uloi sebenarnya terlatih di dalam Safe & Rescue di dalam air kerana beliau juga merupakan seorang atlit.  Terima kasih kepada orang awam di Tanjung Batu, Bintulu termasuklah Julian Uloi kerana membantu mereka yang di dalam kesusahan.

Bagi para ibubapa dan orang awam perlulah sentiasa waspada dan beringat kerana malang itu tidak berbau. 

Sunday, 4 December 2016

ISU ROHINGYA ISU KEMANUSIAAN


INI bukan isu agama kerana hakikatnya penganut agama Islam di Bandar-bandar besar seperti Rangoon bebas untuk mengerjakan ibadah mereka. Namun isu penghapusan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar adalah satu isu kemanusiaan.  Dalam pada itu dunia seperti diam seribu bahasa seolah-olah membutakan mata serta memekakkan telinga atas penderitaan mereka.

Natijah ramai pelarian Rohingya dari Rakhine menyelamatkan diri sehingga ada yang sanggup menaiki kapal bersesak-sesak untuk ke Negara jiran contohnya Malaysia.  Belum lagi yang menjadi mangsa petualang pemerdagangan orang sehingga mereka terkorban di hutan belantara di sempadan Malaysia.  Walaupun hakikatnya Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian untuk menerima pelarian Rohingya namun atas nama kemanusiaan mereka diterima atas tiket UNHCR. 

Oleh itu jika dibiarkan sahaja Rohingya di Rakhine nescaya Malaysia akan terus dihambat kebanjiran mereka.  Setakat ini dikatakan ada lebih kurang 10 ribu orang Rohingya Muslim dari Rakhine yang ada di merata Malaysia dan ini tidak termasuk etnik-etnik Myanmar yang lain.  Ini sudah tentu amat menyulitkan Malaysia terutama sekali masalah sosial yang membebankan Malaysia. 

Untuk itu jika sekiranya Kerajaan Malaysia membuat bantahan keras dan meminta pihak junta Myanmar menghentikannya bukannya bermakna Malaysia mencampuri urusan dalaman Myanmmar.  Sebaliknya, Malaysia bertindak untuk kepentingan rakyat Malaysia sendiri yang terpaksa berhadapan dengan segalanya mengenai kebanjiran pelarian Rohingya ini kelak. 

Isu Rohingya BUKAN isu agama TETAPI ianya isu kemanusiaan kerana sebenarnya ada pihak yang tidak faham hak asasi seorang manusia untuk hidup di dunia ini dengan aman. 

#SolidaritiUmmahUntukRohingya


PEMBANGUNAN SEMULA TAPAK WARISAN SEJARAH SARAWAK


OLEH kerana berdirinya Sarawak mempunyai beberapa era maka keunikan tapak warisan sejarahnya seperti kubu-kubu lama dan juga bangunan-bangunan mempunyai keunikan yang tersendiri.  Namun ditengah-tengah kekayaan sejarah ini ada sesetengah kubu-kubu lama mahupun bangunan-bangunan lama banyak yang tidak terjaga. 
Sesuai dengan misi dan visi Sarawak untuk menaiktaraf sektor pelancongannya agar lebih berdaya saing maka baru-baru ini Menteri Pelancongan Sarawak yang juga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Openg mengwar-warkan Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Datuk Adenan telah memperuntukkan RM15 juta yang dikhaskan untuk pembangunan semula tapak warisan sejarah Sarawak. 
Walaupun hakikatnya jumlah itu sebenarnya agak kecil kerana untuk memulihara kota lama dan juga bangunan bersejarah memerlukan kos yang tinggi.  Untuk itu adalah diharapkan agar pihak sektor swasta juga turut serta untuk bersama-sama bergandingbahu atas kerja-kerja pemuliharaan ini.
Kejayaan Kubu Alice di Sri Aman misalnya menjadi saksi penglibatan sektor swasta memungkinkan kubu lama itu sekarang menjadi antara tarikan pelancongan semula di Sri Aman setelah bertahun-tahun terbiar dan hampir menyembah bumi.

PEMBINAAN SMK BALINGIAN MAC 2017


LAMA sudah menanti malah ianya telah dijanjikan sewaktu PRK Balingian 2014 lagi namun masih tidak kunjung tiba pembinaannya.  Dan sekali lagi pada PRN ke-11 Mei 2016 ianya juga turut menghiasi janji pilihanraya pada waktu itu. 

Penantian rakyat di Balingian mungkin berakhir pada tahun hadapan apabila dikatakan bahawa kerja-kerja pembinaan sebuah sekolah yang mana kosnya menelan belanja sebanyak RM60 juta akan bermula pada Mac 2017.  Itulah yang diwar-warkan oleh ADUN Balingian iaitu YB Abdul Yakub bin Haji Arbi baru-baru ini. 

SMK Balingian adalah satu projek sekolah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Balingian memandang buat masa sekarang kemudahan persekolahan penduduk Balingian terlalu jauh daripada kawasan tempat tinggal mereka.  Kadang kala kerana kesukaran itu telah membuat ramai yang beralah dan tidak menyambung persekolahan mereka. 

Semoga janji ini akan ditepati sepenuhnya atau ianya akan terus menjadi “duri dalam daging” pada setiapkali pilihanraya diadakan. 

Thursday, 1 December 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL SARAWAK MASUK FASA KE-2


BILAMANA Ketua Menteri Sarawak menarikbalik keputusan untuk membuat resolusi Perjanjian Malaysia di sidang DUN Sarawak yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 30 November 2016, ramai rakyat Sarawak memberi respons yang pelbagai baik di media sosial dan sebagainya.  Hakikatnya apa yang diusahakan oleh Datuk Adenan sebenarnya TIDAK PERNAH TERHENTI walaupun mengambil jalan “tidak popular” kerana percaya diplomasi itu lebih baik daripada konfrantasi. 

Pada 1 Disember 2016 seperti yang diwar-warkan oleh Datuk Adenan ketika ucapan beliau di DUN Sarawak menyatakan bahawa mesyuarat mengenai perihal penurusan kuasa dari Persekutuan kepada Sarawak yang memasuki fasa ke-2 berlangsung.  Isu-isu yang berkaitan dengan kewangan, penerokaan dan perlombongan minyak dan gas juga perolehan dari tanah menjadi antara agenda yang dibincangkan antara Jawatankuasa Teknikal Sarawak dan juga pihak Persekutuan yang terlibat. 

Untuk memperkasakan segala yang diusahakan ini bukanlah satu hal yang mudah sebaliknya akan mengambil masa jadi adalah perlu untuk rakyat Sarawak terus bersatu di bawah Kerajaan Negeri Sarawak bagi menjadikan ianya berjaya direalisasikan.  Jadi, sama-samalah kita tunggu keputusan akhir perbincangan tersebut kelak.