KEJADIAN mencuri kabel
sememangnya antara gejala kecurian yang banyak terjadi di seluruh Negara. Dan hal ini seolah-olah sukar untuk dibendung
lebih-lebih lagi banyak kedai-kedai barangan lusuh membelinya dalam harga yang
agak mahal.
Semalam di Bintulu berlaku satu
adegan penangkapan yang melibatkan 3 orang pencuri kabel yang juga warga tempatan
di Tapak Perkuburan Islam Kamunting, Bintulu.
Keberadaan mereka telah menimbulkan kecurigaan kepada anggota polis
lebih-lebih lagi tanpa berselindung hasil curi mereka turut dibawa bersama secara
terbuka.
Difahamkan setelah soal siasat
awal dilakukan, ketiga-tiga mereka mengaku bahawa mereka baru sahaja selesai
mencuri wayar di sebuah rumah kampung di kawasan Kamunting. Diceritakan juga
bahawa segala penghasilan curi mereka adalah untuk membeli dadah jenis syabu.
Dadah itu musuh Negara.
No comments:
Post a Comment