DENGAN
adanya penerbangan langsung daripada Negara-negara luar sudah tentu ianya akan
merancakkan lagi industri pelancongan di Sarawak. Ianya merupakan satu usaha yang memerlukan
komitmen yang tinggi dari kerajaan Sarawak dengan syarikat penerbangan luar di
dunia.
Namun
disebalik usaha itu agak mengecewakan kerana penerbangan langsung Hong Kong -
Kuching yang baru beroperasi pada bulan Mei 2016 dikatakan akan menemui titik noktahnya. Menurut
kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Hong Kong Airlines semalam, mereka
akan menggantung penerbangan HK-KCH bermula pada 25 Februari 2017 ini.
Sudah
tentu ianya merupakan satu tindakan yang akan merugikan lebih-lebih lagi setakat
ini tidaklah diketahui alasan mereka berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment