MEMANG sesuatu yang menjengkelkan apabila Sarawak sedang bersedih atas
pemergian pemimpin TokNan ada segelintir warga netizen menghina beliau
secukupnya. Belum lagi usai dikebumikan sudah ada yang menjadi “taik politik”
tidak tahu menghormati perasaan oranglain.
Sesungguhnya
perbuatan seperti ini tidak harus dibiarkan dan sehingga semalam ada lebih
kurang 37 laporan polis telah dibuat oleh rakyat Sarawak yang prihatin di
seluruh Sarawak. Bertindak daripada itu juga sejak tengah malam 11/1/2017 satu
penangkapan telah dibuat di Kuching dan satu lagi di Kuantan, Pahang yang mana
menyaksikan suspek akan dibawa ke Sarawak untuk siasatan kelak. Dan beliau juga
memberi jaminan akan banyak lagi tangkapan selepas ini. Itulah yang telah
diwar-warkan oleh SAC Dato Dev Kumar sewaktu sidang medianya semalam.
Hal
ini seperti sudah menjadi tular di media sosial kerana ada jenis manusia
dangkal yang berani menghambur kata nista disebalik teknologi. Namun biar
apapun jua alasan mereka, manusia seperti ini harus diajar dengan segala
undang-undang yang ada biar mereka jangan sewenang-wenangnya menghina pemimpin
yang sudah tiada. Allahyarham TokNan akan disayangi rakyatnya semasa hidup
mahupun matinya.
Terima kasih PDRM atas tindakan yang cepat.
Nota:
Screenshot yang dilampirkan adalah sebahagian daripada bukti mereka yang
menghina pemergian TokNan.
No comments:
Post a Comment