WALAUPUN
sudah di hari-hari terakhir Hari Berkabung Sarawak atas perginya Allahyarham
TokNan, rakyat Sarawak masih lagi bersedih dan terus-terusan mengadakan
beberapa upacara mengikut agama dan tradisi masyarakat Sarawak yang pelbagai
semata-mata untuk mengingati Allahyarham yang kita cintai. Dari Tanjung Datu sehingga ke Limbang malah
telah menyeberangi Laut China Selatan iaitu di tanah Malaya juga turut
mengadakan upacara yang sama sepanjang tempoh ini.
Semalam
bertempat di Pasar Medan Betong turut dibanjiri rakyat Betong yang bersama-sama
ingin meluahkan kesedihan mereka.
Upacara bertafakur dan memasang lilin telah dimulai sekitar 7.30 malam
sehingga menjelang tengah malam. Mereka
datang dari seluruh pelusuk Betong dengan berpakaian hitam atau gelap bagi
menghormati hari perkabungan Tok Nan.
“Harimau
mati meninggalkan belangnya. Manusia mati meninggalkan namanya”. Dan nama
TokNan akan terpatri di dada setiap anak Sarawak sampai bila-bila.
#AlfatihahTokNan
No comments:
Post a Comment