DENGAN musim
tengkujuh sekarang sememangnya tidak boleh diduga sama sekali. Setakat ini sudah 3 buah negeri sedang
mengalaminya iaitu Kelantan, Terengganu dan Johor yang menyaksikan ramai yang
dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Dan tidak terkecuali dengan negeri Sarawak yang sekarang sering dilanda
hujan lebat lebih daripada kebiasaannya.
Sejak
tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan Sarawak dilanda banjir yang tidak
disangka-sangka sehingga banyak kawasan yang bukannya kawasan yang sering dilanda
banjir turut bertambah. Namun kesiapsiagaan badan-badan tindakan banjir di
Sarawak juga harus dipuji kerana ianya mampu diselaraskan dengan sebaik mungkin
walaupun hakikatnya pada waktu itu ramai yang masih di dalam keadaan
panik.
Diharap rakyat
seluruh Sarawak pada tahun ini mulalah bersiaga segalanya kerana diramalkan
banjir berkemungkinan besar akan berulang kembali. Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang
rendah mulalah bersedia dari sekarang.
Andaikata diminta untuk dipindahkan maka ikutilah apa yang sudah
diarahkan.
Dengan
penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara sekarang sudah tentu pengurusan
sesuatu bencana akan lebih terurus lebih-lebih lagi ianya dianggotai oleh
jabatan kerajaan serta agensi yang berkaitan dengan bencana. Kerajaan sudah tentu tidak akan membiarkan
rakyatnya di dalam kepayahan sendiri dan bantuan disalurkan tanpa mengira batas
politik.
No comments:
Post a Comment