SALAH satu
bahan arkeologi jika kita hendak mendalami penghidupan zaman dahulu kala adalah
dengan membuat kajian mengenai artifak-artifak lama yang ditemui di kawasan
sekitarnya. Dan siapa menduga penemuan
beberapa serpihan seramik di kawasan sekitar Balai Polis Sentral, Kuching sejak
beberapa hari ini mungkin boleh menguak cerita lampau Kuching suatu waktu
dahulu.
Setakat hari
ini dikatakan sudah lebih 286 artifak lama ditemui oleh pekerja binaan di
kawasan Kuching. Artifak-artifak ini
juga sudah diserahkan kepada pihak Muzium Sarawak untuk tujuan yang lebih
lanjut. Menurut pihak Kurator Muzium
Sarawak antara yang ditemui adalah tembikar biru dan putih dari zaman Dinasti
Qing yang pernah wujud sekitar kurun ke-17 Masihi.
Masih tidak
diketahui lagi apakah penemuan ini menandakan bahawa kawasan sekitar Padang
Merdeka ini merupakan antara tapak pelabuhan lampau yang tidak kita ketahui. Namun
sejarah kuno telah membuktikan bahawa Kuching juga antara Bandar perdagangan
yang pernah wujud suatu ketika dahulu sehingga ramai saudagar-saudagar dari
merata dunia datang untuk berniaga.
Sumber gambar:
Borneo Post
No comments:
Post a Comment