Tuesday 2 August 2016

KAMPUS UNIVERSITI PETROLEUM CHINA DI MIRI


SARAWAK memerlukan ramai tenaga mahir yang terdiri daripada anak-anak tempatan Sarawak untuk memenuhi ruang tuntutan tenaga kerja di dalam industri petroleum dan gasnya.  Dan sejajar dengan itulah, telah dimeterai satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kerajaan Negara China bagi membuka satu-satunya kampus cawangan Universiti Petroleum China di Miri, Sarawak. 
Dijangka akan dibangunkan berdekatan dengan lokasi Universiti Teknologi Curtin di Senadin, Miri nanti, kampus Universiti Petroleum China ini akan menjadi ruang kepada generasi anak Sarawak menuntut di dalam pengkhususan pengajian kejuruteraan minyak dan gas iaitu bermula dari aspek penemuan telaga minyak hinggalah ke peringkat carigali dan juga pemprosesan bahan api.
Di Malaysia setakat ini hanya mempunyai sebuah universiti tempatan yang mempunyai pengkhususan petroleum iaitu Universiti Teknologi Petroleum di Seri Iskandar, Perak.  Dan cawangan Universiti Petroleum China di Miri nanti merupakan universiti swasta pertama di Asia Tenggara yang mempunyai taraf akademik seperti di luar Negara.  Setakat ini UPC hanya mempunyai 2 cawangan universiti iaitu di Amerika Syarikat dan Sarawak, Malaysia.  

No comments:

Post a Comment