Monday 1 August 2016

PANDELELA SANDARAN PINGAT OLIMPIK RIO 2016


USAI SUKMA XVIII yang melabuhkan tirainya pada 31 Julai 2016, sekarang sudah mengambil tempat Sukan Paralimpik Malaysia pula mengambil tempat di Sarawak.  Jadi berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kontinjen-kontinjen yang menyertainya.

Di dalam kita mencongak beberapa acara sukan ini jangan kita terlupa dengan satu lagi sukan iaitu Sukan Olimpik 2016 yang mana penganjurnya adalah Rio De Janeiro, Brazil yang akan memulakan acaranya pada 5 Ogos 2016 ini.  Dan sudah tentu mata dan telinga kita sebagai anak Sarawak tertumpu kepada kontinjen Olimpik Malaysia yang rata-ratanya sudahpun berada di Brazil sekarang. 

Dan harapan kita sudah tentu pada olimpian anak Sarawak iaitu Pandelela Rinong anak Pamg yang akan mewakili Malaysia acara terjun.  Tidak dinafikan bahawa anak Sarawak ini sememangnya handal di acaranya sehingga trek rekod menyaksikan beliau merupakan antara penyumbang pingat gangsa Olimpik 2012 di London dahulu.  Untuk kali ini beliau juga menjadi sandaran sepenuhnya kerana kepakaran beliau sebaris dengan penerjun-penerjun bertaraf dunia.

Selamat maju jaya dan berjuanglah dengan semangat Agik Idup Agik Ngelaban diucapkan untuk jaguh terjun Malaysia anak Sarawak, Pandelela Rinong di Olimpik Rio 2016.

No comments:

Post a Comment