MUNGKIN kerana adanya pertembungan antara temasya sukan Olimpik dan juga Sukan Paralimpiad yang dianjurkan di Sarawak membuatkan ianya agak hambar jika berbanding dengan Sukan Sukma XVIII yang lalu. Namun begitu ianya tidak bermakna kontinjen-kontinjen paralimpiad yang menyertainya tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan malah ianya diluar jangkaan sama sekali.
Jika Sukma XVIII menyaksikan kontinjen Sukma
Sarawak mendapat Naib Juara keseluruhan dan ianya merupakan pencapaian yang
memberangsangkan kerana berjaya mengatasi jumlah pungutan pingat pada sukma
yang lalu, untuk kontinjen paralimpiad Sarawak pula lain pula ceritanya. Dengan
pungutan 84 Emas, 63 Perak dan 73 Gangsa menyaksikan kontinjen Sarawak
dinobatkan sebagai Johan untuk Sukan Paralimpiad ke-18 kali ini.
Lebih manis lagi, kontinjen paralimpiad
Sarawak menyinar dan mencipta sejarahnya tersendiri apabila mempertahankan
kejuaraan yang ke-12 berturut-turut.
Selain itu, kedua-dua olahragawan dan olahragawati juga menobatkan atlit
paralimpiad Sarawak sebagai pemenangnya iaitu Mohd Zamry Sapiee dari acara
renang S7 (cacat anggota) dan Catherine Timbang Siang juga dari acara renang
SB9.
Sukan Paralimpiad Malaysia sudahpun menutup
tirainya pada 10hb Ogos 2016 dengan berjaya mencatatkan bilangan penyertaan
atlet dan pegawai teramai sejak 26 tahun penganjurannya sukan khas untuk
golongan kurang upaya ini diadakan.
Majlis penutupannya yang sederhana tetapi meriah ini menerima kehadiran
khas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berserta dengan
def-def kehormat yang lain.
Syabas kepada penganjur Sukan Paralimpiad
Malaysia di Sarawak dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kontinjen
Paralimpiad Sarawak yang terus mengekalkan juara keseluruhan pada kali
ini. Satu pencapaian yang sungguh luar biasa dan membanggakan
untuk seluruh rakyat Sarawak.
No comments:
Post a Comment