WISHING you a fresh start. Happy New Year 2020 everyone!
Tuesday, 31 December 2019
Monday, 30 December 2019
KUCHING HUB PENERBANGAN UMRAH UNTUK MUSLIM BORNEO
PENGANUT agama Islam di Pulau Borneo bukanlah sedikit kerana Borneo itu sendiri mencakupi Sarawak dan Sabah, Malaysia; Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan, Republik Indonesia. Dan tatkala berkata mengenai kewajipan untuk menunaikan yang harus di dalam ajaran agama Islam iaitu Ibadah Umrah sudah tentu ada syarikat penerbangan yang menjadi pilihan untuk ke Jeddah dan Madinah.
Menjelang tahun 2020 satu lagi lembaran baru di dalam merancakkan industri pelancongan serta mampu meningkatkan ekonomi Sarawak apabila dua syarikat pengendali umrah iaitu ATS Global dan Charter Sdn Bhd akan menjadikan Kuching sebagai hub untuk kendalian umrah mereka dengan penerbangan langsung dari Kuching ke Jeddah dan Madinah dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu. Dan lebih menarik lagi ianya bukan hanya mengkhusus untuk muslim di Sarawak sebaliknya meliputi semua wilayah di Pulau Borneo.
Pautan berita penuh:
ANAK SARAWAK PERTAMA BAKAL DILANTIK SEBAGAI PANGLIMA TENTERA MALAYSIA
BUKAN lagi satu mimpi sebaliknya inilah kenyataan yang mana akan menjadi realiti menjelang Januari 2020 apabila satu lagi episod sejarah akan tercipta tatkala seorang anak Sarawak buat pertama kalinya bakal dilantik sebagai Panglima Tentera Malaysia. Ianya satu penghormatan besar kepada rakyat Sarawak yang mana sudah diketahui umum antara yang terkenal dengan kepahlawanannya di dalam dunia ketenteraan.
Individu yang dimaksudkan adalah Jeneral Tan Sri Affendi Bin Buang yang turut mendapat jolokan dengan nama “Apai” di dalam dunia ketenteraan. Dengan tempph persaraan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin maka beliau yang juga merupakan satu-satunya anak Sarawak ketika ini yang memegang jawatan tertinggi di dalam TUDM akan mengambil alih jawatan tertinggi di dalam angkatan Tentera Malaysia.
Anak Melayu Sarawak yang dilahirkan pada tanggal 21 Ogos 1962 di Kampung Lintang, Petra Jaya, Kuching memulakan langkah sebagai anggota tentera setelah menamatkan MCE pada tahun 1979 di Kolej Tentera Diraja, Sungai Besi. Kemudian memasuki Officer Cadet School di Sebatang Kara, Negeri Sembilan dan seterusnya terpilih untuk menjalani latihan asas penerbangan di RMAF Alor Setar. Setelah ditauliahkan dengan jawatan sebagai Leftenan Muda RMAF, beliau tidak lagi memandang ke belakang sebaliknya terus fokus dan komited dengan kerjaya impian beliau.
Bukan “apai sebarang apai” kerana anak Sarawak inilah antara pengasas pasukan akrobatik “The Smokey Bandits” malah beliau sendiri antara yang memandu pesawat akrobatik tersebut. Berbicara dari aspek dunia tempur pula, Jeneral Tan Sri Affendi adalah antara anggota tentera yang terlibat secara langsung di dalam memerangi komunis ketika zaman komunis berleluasa dahulu.
Tahniah anak Sarawak.
Nota: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber dalaman yang telah disahkan. Antara pautannya adalah seperti berikut:
https://www.airtimes.my/2019/12/30/sejarah-tercipta-jeneral-tan-sri-affendi-buang-anak-sarawak-pertama-bakal-dilantik-panglima-angkatan-tentera/
PENANGGUHAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)
RAKYAT Malaysia sudah sedia maklum bahawasanya Program Subsidi Petrol akan mula berkuatkuasa menjelang Januari 2020 namun begitu pada hari ini satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh KPDNHEP yang menyatakan bahawa program tersebut DITANGGUHKAN kepada satu masa yang akan diumumkan.
Nampak gayanya sekali lagi Kerajaan Pakatan Harapan telah membuat pusingan U atas janji manifesto mereka yang mana buat masa sekarang rakyat Malaysia masih lagi menikmati formula yang dibuat oleh kerajaan sebelumnya. Sepatutnya Kerajaan PH harus membawa masuk seorang individu ke dalam kabinet yakni seorang pakar perunding minyak yang kuat mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia mampu memberikan harga minyak RM1.50 seliter kepada rakyatnya.
Sunday, 29 December 2019
AHLI PARLIMEN BERTANDING DI DEWAN UNDANGAN NEGERI
MENJENGAH tahun 2020 sudah tentu yang menjadi tajuk bualan adalah Pilihanraya Negeri Sarawak yang mungkin akan dilaksanakan bila-bila masa sahaja kerana mandat akan berakhir menjelang April 2021. Dalam corat-coret rakyat jelata berbicara mengenai PRN Sarawak ada terselit cerita mengenai berkemungkinan besar ada ahli Parlimen Sarawak yang akan “pulang” untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Mengulas isu itu seorang ahli Parlimen Kanan Sarawak iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang juga mantan menteri Persekutuan serta Ahli Parlimen Santubong mempunyai pandangan yang berbeza. Menurut beliau soal ahli Parlimen bertanding di kawasan DUN haruslah dilakukan dengan cukup berhati-hati kerana ianya melibatkan sensitiviti rakyat di sesuatu kawasan. Ini kerana satu kerajaan yang baik hendaklah melibatkan ahli politik lama dan muka-muka baru lebih-lebih lagi andaikata sesuatu kawasan itu sudahpun mempunyai bakal “YB” sendiri yang akan menentukan kemenangan sesuatu parti.
Pautan berita penuh seperti berikut:
Bagi seorang pensyarah di Universiti Malaya yang juga penganalisa politik iaitu Professor Madya Dr. Awang Azman bin Awang Pawi pula melontarkan pandangan beliau bahawa andainya ada ahli Parlimen Sarawak yang berkeinginan untuk berbuat sedemikian makanya ahli politik itu harus meninggalkan kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihanraya umum yang lalu.
Menurut beliau berkemungkinan besar kekecewaan seorang ahli Parlimen Sarawak setelah BN kalah dan sekarang menjadi anggota blok pembangkang menjadikan suara mereka “sayup-sayup” kedengaran di Parlimen lantas ingin menjadi suara yang lebih besar di DUN pula. Seharusnya tidaklah boleh sebegitu memandangkan seorang ahli Parlimen Sarawak hendaklah terus-terusan memperjuangkan suara dan hak Sarawak di peringkat Parlimen.
Pautan berita penuh seperti berikut:
Begitulah antara cerita dunia politik menjelang PRN Sarawak yang dikhabar anginkan akan diadakan selepas Jun 2020 ini. Ianya juga menurut penganalisa politik Malaysia amnya dan Sarawak khususnya mungkin akan menjadi “Raja Segala PRN” kerana PH sebagai satu kerajaan persekutuan sekarang tidak akan membiarkan satu parti tempatan Sarawak untuk terus berkuasa.
Walau apa-apa pun keputusan samada seorang ahli Parlimen GPS itu akan menjadi “calon Yang Berkhidmat” di Dewan Undangan Negeri adalah kuasa mutlak kepada Presiden GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Dengan pengalaman beliau mengemudi tampuk kepimpinan GPS sudah tentu beliau mempunyai strategi yang tersendiri di dalam memastikan pengundi akan terus mendokong GPS menjadi pengemudi pemerintahan Sarawak Bumi Kenyalang.
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST
KENAIKAN HARGA MASUK KE SCV, KEMENTERIAN PELANCONGAN TIDAK DIBERITAHU
BEBERAPA hari yang lepas tular di media sosial akan satu pemberitahuan daripada pihak pengurusan Kampung Budaya Sarawak mengenai harga untuk memasuki perkampungan tersebut iaitu dari RM60 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak) ke RM85 (berumur 13 tahun ke atas) dan RM50 (dibawah 12 tahun). Rata-rata dunia netizen tidak menyetujui kenaikan harga tersebut yang mana ianya difahamkan akan berkuatkuasa pada tanggal 1 Januari 2020 ini.
Mengulas isu tersebut, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan iaitu Datuk Abdul Karim bin Hamzah yang juga ADUN Asajaya menyatakan bahawa pihak kementeriannya TIDAK PERNAH DIBERITAHU oleh pengurusan SCV iaitu SEDC akan kenaikan tersebut. Tambah beliau lagi sebagai satu kementerian yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal pelancongan seharusnya pihak SEDC memberitahu kepada mereka terlebih dahulu. Untuk itu beliau telah mengarahkan pihak kementeriannya untuk segera membuat siasatan agar hal ini dapat dimuktamarkan.
Menurut YB Datuk Karim adalah tidak adil untuk menyeragamkan harga kemasukan ke SCV kepada semua tanpa memberi harga istimewa untuk rakyat Sarawak sendiri kerana mereka juga berhak untuk mendatangi Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Sarawak.
Pautan berita penuh:
Thursday, 26 December 2019
BANKRAP DALAM 3 TAHUN TETAPI PENGURUSAN KEWANGAN SARAWAK “A-” PERINGKAT GLOBAL
TANGGAL 21 Jun 2019 menjadi saksi bagaimana seorang Menteri Kewangan Malaysia mencanangkan kepada umum bahawa Sarawak akan bankrap di dalam mana tiga tahun kerana pengurusan perbelanjaan yang tidak cekap. Semudah itu seorang menteri Persekutuan berbicara hanya untuk meraih sokongan politik. Namun begitu tatkala S&P Rating Global mengklasifikasi Kerajaan Sarawak berada di kedudukan “A-” di dalam pengurusan kewangan yang dikatakan amatlah cekap dan terbaik di Malaysia maka tuduhan sembrono Lim Guan Eng itu sudah mampu ditidakkan.
Mengulas isu itu, Dato Idris Buang yang merupakan Ketua Penerangan PBB dan ADUN Muara Tuang menyatakan pengiktirafan “A-” itu sudah cukup membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak bukanlah hanya pandai berbelanja sahaja sebaliknya tahu bahawa setiap perbelanjaan dan juga pendapatan Sarawak diurus dengan penuh teratur dan terancang. Sekaligus ianya mampu memangkin Sarawak untuk terus maju dan berkembang di masa hadapan.
Pengiktirafan daripada peringkat global itu juga akan mampu membuka mata para pelabur untuk terus melabur di Sarawak terutama sekali pelabur-pelabur dari wilayah BIMP-EAGA seperti Brunei, Filipina, Indonesia dan sebagainya.
Pautan berita penuh:
Tuesday, 24 December 2019
Monday, 23 December 2019
PETROS AKAN AMBILALIH URUSAN GAS DI SARAWAK DARI PETRONAS
SEJAK tahun 1974, kita menyaksikan PETRONAS diberikan hak untuk mengaut sumber minyak dan gas di Sarawak. Setelah beberapa waktu niat untuk membantu pembangunan di Malaysia akhirnya memakan diri tatkala pulangan seciput yang diberikan kepada Sarawak menjadi duri dalam daging akan isu keberhasilan minyak dan gas yang dipersoalkan oleh rakyat Sarawak sendiri.
Tatkala Oil Mining Ordinance 1958 dikuatkuasakan semula setelah diperam sebegitu lama dek kerana kekhilafan kita melupakan hak yang sudah tertulis maka baharulah 5% cukai jualan produk petrol dan gas dikuatkuasakan. Hasil daripada 5% cukai itulah yang menjadi penambahan pendapatan untuk Sarawak yang mampu digunakan untuk membangunkan Sarawak tanpa bergantung kepada belas ihsan daripada Persekutuan.
Ketika menyampaikan ucapan Hari Krismas 2019, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengwar-warkan bahawa sedikit masa lagi PETROS yakni satu organisasi Kerajaan Sarawak akan mengambilalih kesemua urusan gas yang sekarang sedang dibawah Petronas di Sarawak.
Pautan berita penuh:
Sesungguhnya ini merupakan satu berita yang amat kita nanti-nantikan kerana sudah tiba masanya Sarawak menguruskan sendiri hasil buminya. Usah dianggap ianya omongan kosong kerana jika dilihat kepada kemampuan anak Sarawak sememangnya boleh kerana umum mengetahui anak-anak Sarawak tidak pernah kurang dengan kepakarannya. Kita mampu menguruskannya sendiri tanpa perlu “bertuankan” sesiapa.
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST
TIADA KENAIKAN CUKAI PINTU DI SARAWAK
BEBERAPA hari yang lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan iaitu YB Zuraida Kamaruddin menyatakan kesemua negeri di Malaysia akan menaikkan cukai taksiran mulai tahun 2020. Itulah hakikatnya yang terpaksa ditelan rakyat setelah PH mendominasi tampuk pemerintahan di Putrajaya. Dihapuskan GST namun begitu ada berapa banyak cukai baru malah tarif yang sedia ada dinaikkan.
Dalam pada itu untuk kontek Sarawak, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan iaitu Datuk Dr Penguang Manggil menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak TIDAK AKAN MENAIKKAN CUKAI PINTU di Sarawak. Biarpun arahan daripada Persekutuan namun sesuatu yang Menteri Persekutuan lupa atau tidak mengetahui bahawa apa sahaja yang mengenai kerajaan tempatan adalah bidangkuasa negeri yang mana Sarawak mempunyai AUTONOMI sendiri iaitu dibawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan manakala negeri-negeri yang lain pula tertakluk dibawah Akta Pihak Berkuasa Tempatan. Kesemua ini sudah diperjelaskan secara konkrit di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Untuk itu Sarawak BERHAK UNTUK TIDAK MENGIKUT Persekutuan kerana Kerajaan Sarawak berpendapat adalah TIDAK PERLU UNTUK MEMBEBANKAN rakyat di Sarawak lagi.
Pautan berita penuh:
Begitulah hendaknya jika hendak menjadi pemerintah yang sentiasa peka dengan kepayahan rakyat. Kos hidup sekarang terlalu tinggi dengan beban harga barangan yang naik dan sebagainya. Keputusan Kerajaan Sarawak sudah tentu akan melegakan ramai pihak SEKALIGUS mempertahankan AUTONOMI yang sememangnya sudah ada untuk Sarawak sebagai pembentuk Negara Malaysia. Kita tidak perlu mengikut telunjuk Malaya!.
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST
Friday, 20 December 2019
SARAWAK VS PETRONAS KE MAHKAMAH JANUARI 2020
1. Mahkamah Putrajaya, 6 Januari 2020
UMUM mengetahui bahawa Kerajaan Sarawak telah menyaman Petronas kerana kegagalan mereka untuk membayar 5% cukai jualan produk petroleum sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2019. Dalam pada itu ada sesuatu yang tidak enak didengar bilamana pada tanggal 10 Disember 2019 yang lepas iaitu di Mahkamah Tinggi pula pihak Petronas telah mengemukakan perintah mahkamah agar mereka dikecualikan daripada cukai tersebut.
Menariknya apa yang berlaku pada tarikh itu adalah hanya Petronas yang didengar permintaan mereka sementara Sarawak langsung tidak diwakili atau diberitahu mengenainya. Dek kerana itu, Sarawak melalui Peguam Negeri Sarawak telah memohon untuk ianya diperdengarkan semula kerana telah MELANGGAR PERATURAN KEADILAN YANG SEDIA ADA yang mana kita sendiri sudah almaklum mana mungkin satu kes boleh didengar tanpa melibatkan kedua-dua pihak berada di mahkamah.
Atas bantahan yang dikemukakan oleh Kerajaan Sarawak itu maka Presiden Mahkamah Rayuan telah mengarahkan untuk pendengaran semula kes ini ditetapkan pada 6hb Januari 2020 di Mahkamah Putrajaya.
2. Mahkamah Tinggi Kuching, 13 Januari 2020
Dan berkenaan dengan saman tidak membayar cukai beserta penalti pula, sidang mahkamah telah ditetapkan pada tanggal 13 Januari 2020 di Mahkamah Tinggi Kuching. Kerajaan Sarawak akan mengemukakan beberapa perkara di dalam sidang mahkamah itu kelak iaitu seperti berikut:
===== Versi Bahasa Inggeris ======
a) Whether section 2(1) of the Petroleum Development Act, 1974 (“PDA”) is null and void by reason that it contravenes Article 13(2) of the Federal Constitution as being a law which seeks to deprive the 2 nd Defendant of property, namely Petroleum, found on State land within Sarawak, without adequate compensation;
b) b) If the answer to (a) is in the affirmative, whether any agreement, acts or conduct taken or instrument issued pursuant to section 2 of PDA, are void, invalid and /or unconstitutional;
c) Whether having regard to the provisions of Section 2 of PDA, the Defendant has to comply with other written laws , including but not limited to the Oil Mining Ordinance 1958 and the Land Code of Sarawak, regulating the exploration, exploitation and mining of petroleum in Sarawak and the use and occupation of land for such purposes;
d) If (which is denied) the Petroleum Agreement or the cash payment agreement dated 27th March 1975 entered into between the 2nd Plaintiff and the Defendant is valid and subsisting, then whether 3 Clause 4 thereof precludes the 2nd Plaintiff and/or the State Legislature of Sarawak from passing laws imposing State Sales Tax on the Defendant;
e) Whether upon a proper interpretation of Article 95B(3) of the Federal Constitution read with Article 74(3); Article 95B (3);
(i) prohibits or disentitles the State Legislature from imposing state sales tax on petroleum products;
(ii) allows for State Sales Tax to be imposed on petroleum products where there is already a federal sales tax levied on petroleum products;
f) Whether the Instrument titled “Grant of Rights, Liberties and Privileges in respect of Petroleum” in the schedule of PDA, is unconstitutional, invalid, null and void;
g) Whether having regard to (a) the contents of the letter from the 1 st Plaintiff to the Chief Executive Officer of the Defendant dated 28th of August 2019 (b) the Letter dated 23rd September, 2019 from the Executive Vice President and Group Financial Officer of the Defendant to the 1 st Plaintiff (c) the Notice of Assessment issued under section 21(1) of the State Sales Tax Ordinance and (d) the Certificate issued by the 1 st Plaintiff under section 27(2) of the said Ordinance, the Defendant is estopped from denying its liability for the amounts claimed herein as pleaded in the Statement Claim.
h) Whether section 28 of the State Sales Tax Ordinance 1998 and the certificate issued here under is unconstitutional for contravening the guarantees for fair trial access to justice and due process under Articles 5 & 8 of the Federal Constitution or violates the doctrine of separation of power.
These questions have to be decided because Petronas in their Defence pleaded that because of the Petroleum Development Act, 1974 (PDA) and the Vesting Instrument which “vested” ownership of oil and gas in Sarawak territory on Petronas and the cash payment of 5% made to the State since 1976, Petronas does not have to pay any other taxes, such as SST, to the State Government,
The determination of these questions would decide if the vesting of petroleum under the PDA was constitutional or null and void, and Petronas’ liability to pay SST to Sarawak Government.
=========================
Begitulah hendaknya apabila berbicara soal membawa ke mahkamah akan sesuatu yang sebenarnya hak kita tetapi penyewa yang “besar kepala” sudah tamak akan segalanya. Buatlah apa yang terbaik untuk mendapatkan semula hak kita yang terhakis. Jika dahulu pemimpin kita mungkin terlalu baik pandangannya namun sejajar dengan waktu sikap tamak akan terus menyelimuti ragam manusia.
Teringat kata-kata pemimpin tersohor Sarawak, Mendiang Tun Jugah pernah berkata; Anang Malaysia sebaka tebu, manis di pun, tabar di ujung.
Semoga dipermudahkan segala urusan Kerajaan Sarawak dan kami memohon rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk SEHATI SEJIWA mendokong perjuangan hak kita ini. Kalau punya kelapangan, BUKTIKAN SOKONGAN ANDA dengan bertandang mengikuti kes ini pada hari pendengaran.
KITA AKAN BERJUANG UNTUK MENUNTUT HAK KITA!!
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST
BERTUKAR-TUKAR HADIAH MENJELANG KRISMAS PUPUK CINTAKAN PERPADUAN SESAMA URANG SARAWAK
ACAPKALI menjelang Krismas di Malaysia, dunia sosial media akan didodoikan dengan beberapa posting yang agak melampau sehingga mampu mencarik hati penganut-penganut agama Kristian. Ianya sesuatu yang wajar diselar kerana hakikatnya negara Malaysia ini didirikan dengan kesepaduan dan keharmonian kaum dari pelbagai agama.
Sarawak sebagai negeri yang sentiasa memartabatkan keharmonian serta gah dengan kekayaan dan kepelbagaian warisan, budaya dan tradisionalnya malah sinonim sebagai antara negeri contoh di Malaysia apabila berkata mengenai toleransi kaum dan agama tidak mempunyai masalah seperti itu. Tatkala menjelang Krismas akan ada “Christmas Parade” yang mana ianya disertai oleh bukan sahaja penganut agama Kristian malah juga penganut agama yang lain dan begitulah juga sebaliknya.
Antara yang menghiasi ceritera menjelang sambutan Krismas adalah bagaimana hampir kesemua pejabat tidak kira kerajaan dan swasta akan mengadakan acara bertukar-tukar hadiah menjelang Krismas. Tanpa mengira agama dan kaum, acara seperti ini seringkali dinanti-nantikan. Samada hadiah itu murah atau mahal bukanlah satu persoalan sebaliknya kemeriahan serta jalinan kasih samada dari pihak majikan dan sesama kakitangan yang menjadikan ianya satu acara yang begitu istimewa.
Berikut merupakan sekitar kemeriahan majlis bertukar-bertukar hadiah menjelang Krismas yang menjadi majlis wajib bagi Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Ianya disertai oleh pelbagai peringkat kakitangan KBS yang turut mendapat sokongan penuh daripada Pemangku Setiausaha Tetap KBS iaitu Puan Nancy Haji Jolhi. Begitulah indahnya perpaduan dan toleransi kaum dan agama di Sarawak. Peliharalah ia kerana kekuatan Sarawak terletak dibahu kita sebagai rakyat Sarawak.
Inilah Sarawak Bumi Kenyalang. Ho ho ho (y)
Kredit gambar: Linda KBS Sarawak
Tuesday, 17 December 2019
TAWARAN UNTUK SARAWAK BERSAMA DI DALAM EKSPLORASI MINYAK DAN GAS DI MALAYSIA
MESYUARAT tertutup selama satu setengah jam di Pejabat Perdana Menteri antara Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah yakni Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal pada tanggal 16 December 2019 adalah berkisar mengenai hak Sarawak dan Sabah di dalam industri minyak dan gas di Malaysia.
Berdasarkan kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri hari ini ada menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir telah menawarkan untuk Sarawak bersama-sama membuat eksplorasi minyak dan gas di ketiga-tiga wilayah di Malaysia iaitu Malaya, Sarawak dan Sabah.
Untuk itu dimaklumkan bahawa Sarawak akan mengkaji sedalam-dalamnya tawaran tersebut.
USUL PENGEMBALIAN STATUS SARAWAK & SABAH PARLIMEN MAC 2020
PADA sidang dewan rakyat dahulu kita menyaksikan pindaan untuk Artikel 1(2) Persekutuan Malaysia mengenai status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sejajar bersama Malaya tidak mampu dilakukan. Ada beberapa isu yang sudah pasti ramai kita mengetahuinya. Namun begitu itu bukanlah satu alasan untuk terus menidakkannya kerana pengembalian status itu penting waima dari segi ayat sekalipun kerana kita tidak mahu ianya hanya sekadar begitu sahaja tanpa melibatkan kuasa dan hal-hal yang lain.
Semalam menyaksikan Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak mengadakan satu mesyuarat tertutup di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan menurut apa yang diwar-warkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Liew Vui Keong bahawasanya ketiga-tiga pucuk pimpinan Malaysia, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk usul pengembalian status Sabah dan Sarawak dibawa di Parlimen pada sidang Dewan Rakyat Mac 2020 ini.
Pautan berita penuh:
Ini merupakan satu perkhabaran yang gembira untuk kita sebagai rakyat Sabah mahupun Sarawak kerana ianya sudah lama menjadi impian kita untuk diangkat kembali sebagai rakan sejajar penubuhan Malaysia DAN BUKANNYA negeri ke-12 dan ke-13 di dalam Malaysia.
Biarlah lambat asalkan selamat. Cukup-cukuplah terjerat sekali dahulu sehingga dituruntaraf sebegitu sahaja. Pengembalian status ini juga bukan hanya setakat “bicara” sahaja sebaliknya dengan impak yang menyeluruh. Itu penting!
#IAMSARAWAKIAN
#SarawakFirst
Monday, 16 December 2019
NAJIB ARAH SAYA BUNUH ALTANTUYA - AZILAH HADRI-
KES pembunuhan warga Mongolia iaitu Altantuya Sharibu masih lagi berlegar-legar biarpun sudah beberapa tahun berlalu. Setakat ke hari ini hanya seorang iaitu Azilah Hadri yang merupakan seorang pegawai Unit Tindakan Khas sebelumnya sedang menunggu saat-saat akhir hukuman gantung di Penjara Kajang. Manakala Sirul Azhar rakan sejawatnya masih lagi nun berada di luar negara yakni di Australia manakala Abdul Razak Baginda, seorang pengalisa politik pula tidak disabitkan kesalahan langsung.
Hari ini buat pertama kalinya, Azilah Hadri yang lahir pada tanggal 28 Mac 1978 di Sarikei, Sarawak sedang membuat rayuan untuk hukuman gantungnya telah membuat kenyataan bertulis bahawa individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan untuk beliau membunuh dan seterusnya melupuskan mayat mendiang Altantuya adalah Datuk Seri Najib Razak sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pendedahan ini begitu menggemparkan kerana selama kes ini menjadi prosiding mahkamah ia langsung tidak diperkatakan.
Pautan berita penuh adalah seperti berikut:
Jika kita ikuti perkembangan kes ini, sebelum ini Datuk Seri Najib Razak pernah mencabar Pakatan Harapan untuk membuat RCI mengenai kes ini dan setakat yang diketahui tiada tindakan sehinggalah SD dari Azilah Hadri dibuat pada hari ini bagi menidakkan hukuman gantung dikenakan ke atas beliau.
Sama-samalah kita tunggu apa perkembangan seterusnya.
LAPANGAN TERBANG LANDASAN PENDEK BEBULING, SPAOH BAKAL DIBINA
LAPANGAN terbang landasan pendek atau di dalam istilah penerbangan “STOLport” yang merujuk kepada lapangan terbang yang dikhaskan untuk perlepasan dan pendaratan pendek bukanlah sesuatu yang asing di Sarawak. Malah jika kita mengikut kepada laporan yang dikeluarkan oleh MAHB ada menyatakan bahawa STOLport di Sarawak adalah yang terbaik di Malaysia setakat ini.
Pautan berita penuh seperti berikut:
Jadi seandainya Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg begitu komited untuk membina satu lagi STOLport di Bebuling, Spaoh maka ianya adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Difahamkan dokumentasi untuk pembinaan STOLport di Spaoh, Betong itu sekarang di dalam peringkat penelitian Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Turut dinyatakan untuk pembinaan STOLport Spaoh ini, Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak memperuntukkan kos sebanyak RM108 juta untuk projek tersebut.
Dengan siapnya kelak maka ia boleh digunakan untuk memasarkan produk pertanian terutama sekali hasil pertanian segar dari Bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei dengan lebih cekap dan menjimatkan masa serta kos logistik. Sekaligus ianya akan berjaya mencapai misi dan visi untuk menjadikan Betong sebagai “bakul makanan negeri Sarawak” pada masa hadapan.
Pautan berita penuh:
Sunday, 15 December 2019
TIADA TAWARAN UNTUK MEMBELI EKUITI PETRONAS
SETELAH dihentam bertubi-tubi samada oleh rakyat Sarawak dan juga ahli politik akan kenyataannya yang menyokong Malaya agar membeli ekuiti di dalam Petronas, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin merangkap Pengerusi PH Sarawak dan Timbalan Menteri KPDNKK cuba membelit kenyataan dengan mengatakan bahawa Sarawak tidak pernah menolak apabila dicadangkan untuk membeli ekuiti Petronas ketika di dalam mesyuarat Jawatankuasa MA63 di Putrajaya.
Pautan berita penuh:
Sehubungan dengan cubaan YB Chong “kali kong” untuk mengelirukan rakyat Sarawak, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada hari ini untuk edaran segera (lihat lampiran)
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri isu membeli ekuiti Petronas TIDAK PERNAH dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa MA63 di Putrajaya dan apa yang berlaku atas pegangan hak Sarawak di dalam anak syarikat Petronas seperti LNG adalah BERBEZA DENGAN ISU MEMBELI EKUITI PETRONAS.
Selain itu, Pejabat Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan bahawa YB Chong Chieng Jen BUKANLAH individu yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan apa-apa yang dibincangkan di peringkat mesyuarat Jawatankuasa MA63 yang melibatkan isu minyak dan gas di Sarawak. Hal ini adalah dibawah bidangkuasa Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak sahaja.
Setakat ini, TIADA TAWARAN dari Kerajaan Sarawak untuk membeli ekuiti Petronas.
Saturday, 14 December 2019
MEMBELI KEPENTINGAN PETRONAS BOLEH MENYEBABKAN SARAWAK SABAH BANKRAP!
BEBERAPA hari ini satu persatu ahli politik dan juga penganalisa politik memberikan pandangan mereka mengenai isu penjualan kepentingan Persekutuan di dalam Petronas yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamed. Menurut beliau adalah menjadi hak Kerajaan untuk menjual secara perundingan kepentingan Kerajaan di dalam Petronas kepada negeri pengeluar utama minyak dan gas Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.
Bagi Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Undang-undang, Hubungan Persekutuan dan Pemantauan Projek iaitu Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali yang juga ADUN Semariang menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan sama sekali membeli kepentingan di dalam Petronas. Ini kerana menurut beliau bagaimana mungkin Sarawak hendak membeli sesuatu yang sememangnya hak negeri Sarawak itu sendiri.
Tambah beliau lagi bukanlah mudah untuk membeli kepentingan di dalam Petronas yang mana waima nilai 1% syer pun boleh mencecah berbilion-bilion ringgit Malaysia.
Pautan berita penuh:
Lain pula halnya dengan YB Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak yang mana menyatakan bahawa peluang yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia itu adalah satu peluang keemasan kerana secara langsung jika membelinya akan menyebabkan Sarawak mahupun Sabah akan mendapat penjanaan pendapatan yang berterusan.
Selain itu menurut beliau, sekurang-kurangnya dua pengeluar minyak dan gas utama Malaysia itu akan mempunyai suara di dalam menentukan hasil bumi mereka dari diambil sesukahati.
Pautan berita penuh:
Begitulah dua kenyataan kontra yang mana menyaksikan YB Chong seperti selalunya hanya menjadi “Pak turut” tatkala berbicara soal menyokong apa sahaja yang diutarakan oleh Malaya. Beliau mungkin sudah lupa ingatan ataupun sahaja hendak menunjukkan “kepintaran” berkata-kata TIDAK SEPERTI YB Datuk Sharifah Hasidah yang sudah mengetahui nilai syer-syer Petronas bukanlah hanya berharga seringgit dua seperti membeli “asam payak setompok” di pasar minggu.
Adalah difahamkan bahawa untuk nilai 1% syer Petronas sahaja berharga RM8.06 bilion. Nilai ini diperkatakan oleh seorang penganalisa politik iaitu Joe Samad seperti pautan ini:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/12/13/mahathirs-cruel-joke-on-sabah-and-sarawak/
Dan bayangkan apakah relevan untuk menghabiskan berbilion-bilion ringgit hanya untuk syer seperti itu. Sabah mempunyai rizab sebanyak RM6 bilion manakala Sarawak pula RM32 bilion, jadi hanya untuk menjadi pemegang ekuiti yang mempunyai kuasa dan pemberi keputusan seharusnya bukan hanya 1 ke 2 peratus syer sahaja. Bukankah jika membeli hanya 1% syer sahaja Sabah boleh bankrap dan untuk Sarawak jika membeli 4% syer maka lenyaplah segala rizab yang kita ada sekarang.
Lihatlah permainan Tun Mahathir di dalam hal ini yang mana hakikatnya apa yang ditawarkan itu sebenarnya begitu kejam malah boleh diibaratkan sedang cuba untuk membawa Sabah dan Sarawak kembali semula ke zaman kedaifan tanpa tunai di tangan sama sekali.
BERITA GEMBIRA dan PELUANG KEEMASAN seperti yang dibanggakan oleh YB Chong “kali kong” itu adalah sebenarnya satu kebodohan sekiranya Sabah dan Sarawak terikut-ikut dengan permainan Persekutuan. Minyak dan gas itu disedut dari bumi kita dan dek kerana itulah kita masih lagi mempertingkaikan kesahihan PDA 1974 dan selagi hal ini tidak dimuktamadkan di mahkamah ianya akan kita tuntut sampai bila-bila.
BUKAN SARAWAK yang harus mendengar kata-kata Malaya TETAPI MALAYA yang harus mendengar kata-kata kita. USAHLAH KITA DIPALOIKAN UNTUK 100 TAHUN LAGI!!
Jangan ada mata, buta; ada telinga, pekak dan ada mulut, bisu!
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST
Subscribe to:
Posts (Atom)