Friday 5 July 2019

AKTA HASUTAN & SEKSYEN 121 JIKA MEMBAWA SARAWAK KELUAR MALAYSIA -TUN M-


BUKAN sesuatu yang luar biasa namun sememangnya wujud segelintir rakyat Sarawak yang sudah bosan dengan tindak tanduk Persekutuan ke atas Sarawak sehingga membawa kepada keinginan untuk membawa SARAWAK KELUAR MALAYSIA sudah didengar banyak kali.  Tanpa berselindung ianya dilestarikan dengan beberapa siri “flash-mop” di jalanan dengan sepanduk-sepanduk yang nyata.  Bukan itu sahaja sudah ada parti politik tempatan Sarawak yang baru didaftarkan secara terbuka menyatakan misi dan visi mereka untuk membawa Sarawak ke arah itu.  
Dalam pada itu MP Lanang dari DAP yakni Alice Lau sewaktu di Dewan Rakyat pada semalam telah mengutarakan persoalan tersebut kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun M.  Di dalam jawapan bertulis MP Langkawi yang juga pemimpin utama Negara Malaysia, Tun M menyatakan bahawa Akta Hasutan hanya akan dikenakan kepada individu-individu yang pro Sarawak Keluar Malaysia sekiranya ia mengganggugugat keharmonian dan keamanan Malaysia.  Menurut beliau, ini adalah seiringan dengan visi persekutuan sekarang yang mengamalkan kebebasan bersuara.  
Tun M turut berkata bahawa aktiviti seperti itu turut melibatkan kesalahan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan yakni melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agung Malaysia.  Sebagai Perdana Menteri, Tun M turut menyatakan bahawa tiada yang bersangkutan tentang Keluar Dari Malaysia jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan Inter-Governmental Committee Report.  Malah hak untuk memisahkan diri daripada Malaysia juga tidak disebut di dalam Cobbold Commission Report 1962.  
Pautan berita penuh:



No comments:

Post a Comment