BERIKUTAN kenyataan dari DSAI, Presiden PKR yang secara terbuka meminta Azmin Ali untuk meletak jawatan jika sahih terbabit di dalam video hubungan intim songsang mendapat respons yang pelbagai. Natijah atas desakan DSAI itu mendapat respon dari MPP PKR sendiri semalam apabila 23 MPP dan 4 Ahli Parlimen menempelak kenyataan Presiden PKR itu. Antara nama yang membarisi kumpulan yang menyelar tindak tanduk DSAI adalah YB Ali Biju dan YB Willie Mongin.
Pautannya adalah seperti berikut:
Dalam pada itu apa yang menarik perhatian adalah usai menandatangani kenyataan yang pro-Azmin, kedua-dua Ahli Parlimen Sarawak yakni Ali Biju dan Willie Mongin boleh pula berada di “Team Anwar” iaitu ketika sidang media DSAI yang diadakan di bangunan Parlimen semalam. Malah kedua-duanya dilihat mengapit Presiden PKR kiri dan kanan sewaktu sidang media tersebut diadakan tanpa ada mana-mana kelibat dari yang pro-azmin.
Pautannya adalah seperti berikut:
Keberadaan kedua-dua ahli parlimen Sarawak di dua pihak yang berbeza sudah tentu mengundang banyak spekulasi pelbagai pihak. Bahasa kiasan lama ada menyebut jika kapal yang hendak karam sila tinggalkan dan carilah bahtera yang kukuh agar boleh sampai ke destinasi dengan selamat. Politik hendak hidup katakan.
No comments:
Post a Comment