Tuesday 9 July 2019

NAJIB RAZAK PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT BN


MALU apa bossku! Bukan bisye-bisye! Itu merupakan laungan yang sering kedengaran tatkala kelibatnya muncul dimana-mana acara orangramai.  Walau hanya di pasaraya mahupun pasar malam, kedatangan beliau seringkali menjadi tarikan rakyat tanpa mengira apa fahaman politik sekalipun baik yang tua mahupun muda.  Itulah penangan Datuk Najib Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang juga Ahli Parlimen Pekan.  

Selepas pemerintahan Malaysia bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan, Datuk Najib lebih selesa tanpa apa-apa jawatan di dalam UMNO mahupun gabungan Barisan Nasional sekalipun.  Dan malam tadi dengan sebulat suara di Majlis Dewan Tertinggi Barisan Nasional pusat yang berlangsung di Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau diberikan kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional.  

Antara tugas beliau kelak adalah untuk membantu BN di dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti BN yang paling lama sejarahnya di dalam kancah politik Negara Malaysia.  

Apakah aura yang dilihat begitu mendapat tarikan daripada rakyat sekarang setelah kekalahan BN akan berjaya membuat BN kembali ke tampuk kuasa di Malaysia terus menjadi tandatanya.  Sementara itu, pihak di Pakatan Harapan sudah tentu melihat perkembangan terbaru ini sebagai sesuatu yang serius kerana selama ke hari ini seringkali kita lihat mereka cepat sentap setiap kali Datuk Najib mengeluarkan kenyataan di dalam laman blog mahupun fb beliau.  

Beritu penuh seperti pautan ini:


No comments:

Post a Comment