HAMPIR setiap hari ada sahaja kenyataan media yang dibuat oleh pihak pembangkang yang cuba menambah persepsi negatif rakyat Sarawak terhadap kemampuan Kerajaan Sarawak dibawah pemerintahan Gabungan Parti Sarawak yang dikatakan tidak mampu menguruskan kewangan Sarawak dengan baik. Seperti kebiasaannya ianya sengaja diperbesar-besarkan melalui media namun tiada konklusi keatas dakwaan tersebut.
Namun agak berlainan dengan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Auditor General pada hari ini yakni melalui Laporan Auditor General 2018 Siri 1 yang memberikan penarafan CEMERLANG untuk sistem pengurusan kewangan Kerajaan Sarawak. Laporan itu turut menyebut 24 kementerian, jabatan dan agensi dibawah Kerajaan Sarawak diiktiraf “cemerlang”, tujuh pula “baik” dan hanya satu di tahap “memuaskan”.
Tahniah Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari, barisan Menteri Kabinet Kerajaan Sarawak dan seluruh warga penjawat awam Sarawak dan agensi yang berkaitan.
Pautan berita penuh seperti berikut:
No comments:
Post a Comment