Wednesday, 3 July 2019

MP BATANG SADONG MANGSA PERMAINAN TAJUK LAIN ISI LAIN PORTAL BERITA


TATKALA MP Batang Sadong menyatakan bahawa semasa Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Najib Razak sebagai Perdana Menteri banyak projek pembangunan yang diusahakannya untuk Sarawak malahan dialah satu-satunya Perdana Menteri yang lebih 60 kali melawati Sarawak sehingga dia begitu popular di kalangan rakyat Sarawak, ianya adalah satu fakta bukan auta.  Namun seperti kebiasaannya atas nama untuk menaikkan rating pembaca, beberapa buah portal berita dengan sengaja mensensasikan tajuk berita kerana mengetahui bahawa rakyat Malaysia gemar membaca tajuk sahaja.

Antara pautan berita dengan tajuk yang disensasikan adalah seperti berikut:



Dek kerana hanya membaca tajuk tanpa mengenal isi dalaman berita akhirnya maklumbalas dengan unsur-unsur makian dan sebagainya diterima daripada komentar warganet seluruh Malaysia.  Bukan warganet sahaja malah ahli-ahli politik daripada PH turut melatah lantas mengeluarkan kenyataan akhbar yang sesungguhnya menunjukkan lagi kedunguan mereka tentang hal sebenar.   

Pautannya adalah seperti berikut:



Hakikatnya kenyataan MP Batang Sadong yakni Dato Sri Nancy Syukri ketika di forum “The Next Four Years: What Now For Malaysia” pada 28 Jun 2019 di Kuala Lumpur adalah satu kenyataan professional dan ianya adalah hal yang sebenar iaitu semenjak Putrajaya dibawah Kerajaan PH banyak projek-projek pembangunan untuk Sarawak dipotong.  Beliau membuat perbandingan bagaimana ketika zaman Najib, Sarawak sentiasa direalisasikan dengan pelbagai projek untuk kesejahteraan rakyat Sarawak agar boleh seiringan dengan kemajuan yang dicapai oleh rakyat di Semenanjung Malaysia. 

Betapa dangkalnya portal-portal media yang tidak bertanggungjawab mendodoikan tajuk palsu hanya untuk menarik pembaca.  Ke manakah hilangnya etika kewartawanan mereka untuk menyampaikan berita sebenar kepada rakyat wajar dipersoalkan. Mereka bukanlah portal berita picisan sebaliknya portal berita utama yang mendapat kepercayaan rakyat.  Kita pula sebagai rakyat adalah perlu untuk kita membaca keseluruhan berita yang disampaikan DAN JANGAN HANYA MEMBACA TAJUK SAHAJA.  

Contoh terdekat adalah apa yang disajikan oleh pautan ini:


Pada mulanya mereka menggunakan tajuk iaitu “Sarawakians Want Najib Back as PM says Batang Sadong MP” namun setelah beberapa jam kemudian mereka membuat editing tajuk lantas menjadi “STOP CUTTING OUR ALLOCATED BUDGET, SARAWAK MP TELLS PUTRAJAYA”.  Samada wartawan di Malaymail itu sedar atau tidak walau dibuat editing pada tajuk namun pautan tetap bersandar pada tajuk yang lama.  (Tak percaya sila tekan link yang disediakan diatas).


Sesungguhnya DS Nancy Syukri adalah seorang politikus yang matang dan mengetahui apa yang beliau suarakan. Dan hanya rakyat Sarawak sendiri yang mampu membuat perbandingan sebenar di zaman perdana menteri manakah, Sarawak benar-benar mendapat apa yang rakyatnya mahukan.

No comments:

Post a Comment