Sunday, 14 July 2019

PEMBANGKANG DAN FITNAH BERPISAH TIADA





DUA “screenshot” yang ditunjukkan merupakan dua modal fitnah yang dijadikan oleh dua individu politik di Sarawak yakni dari Juraimi Abdillah, pemimpin dari Parti SEDAR dan YB Ting Tiong Choon dari DAP Sarawak.  

Fitnah yang cuba dijadikan modal oleh Juraimi dari Parti SEDAR tak sedar itu dimuatnaik seperti pautan ini.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=630842094088252&set=a.326793544493110&type=3&theater\

Dan ternyata sekali apa yang cuba didodoikan oleh Juraimi sebenarnya lebih banyak menunjukkan kebodohan diri sendiri kerana gambar itu sebenarnya langsung tiada bersangkutan dengan Sarawak sebaliknya nun di Sabah.  Ianya menjadi artikel di dalam satu laman portal Rojak Daily pada tanggal 30 June 2017.  

Pautan sebenarnya adalah seperti berikut:


Dan apalah yang hendak diperkata apabila berbicara tentang seorang ahli politik yang terus terusan menampilkan kedunguan diri sendiri dengan posting-posting di laman muka buku yang bersifat rasis dan fitnah iaitu YB Ting Tiong Choon, DAP- Pujut.  Di dalam satu fb group secara sembrono mengeluarkan fitnah yang konon-kononnya gambar sebuah kereta di satu ladang merupakan jalan untuk masyarakat Sarawak berulang-alik selama ini.  

Tidakkah YB Ting mempunyai maruah diri dengan menggunakan modal fitnah sebegitu rupa sedangkan hakikatnya kereta tersebut adalah kereta curi yang sengaja ditinggalkan di sebuah ladang kelapa sawit terpencil di Sarawak.  Kejadian sebenar itu pernah dimuatnaik oleh individu bernama Francis Ngu Hown Hua di laman fb peribadinya pada tanggal 13 Julai 2019 jam 8.29 am.  

Pautannya adalah seperti berikut:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2485264434827812&id=100000328380785

Inilah antara gejala yang rancak berlaku di dunia sosial media sekarang. Pembangkang terus-terusan memainkan isu fitnah untuk menarik persepsi rakyat bahawa pemerintah yang sedia ada sekarang tidak mampu menjalankan tugas mereka.  Sedangkan kita semua sudah almaklum puak-puak ini sewaktu sebelum berkuasa cukup gah bahawasanya mereka mampu tetapi sayang sudah melebihi setahun memerintah APA-APA PUN TAK BOLEH.  Pusingan V merata-rata dan boleh dikatakan sentiasa sesat di “roundabout” pada setiap kenyataan yang mereka cuba lakukan.  

Demi untuk survival politik sehingga sanggup menggadai maruah dengan membuat fitnah.  Pembangkang dan fitnah berpisah tiada.  Dua orang manusia yang paloi!


#SarawakDiutamakan

No comments:

Post a Comment