TIADA kompromi pada isu buli pelajar samada di dalam kawasan sekolah ataupun di luar sekolah. Ini kerana impaknya begitu besar sehingga ada antara pelajar yang menjadi mangsa menjadi kemurungan yang boleh membawa masalah-masalah yang lain dan begitu juga kepada si pembuli yang sudah tentu merasa terlalu kuat jika dibiarkan. Jika hendak melentur buluh biar dari rebungnya dan hal seperti ini harus ditangani sejak ianya masih kecil lagi.
Tular dua hari ini samada di applikasi whassap mahupun laman mukabuku tentang satu video kes buli yang dikatakan berlaku di Miri, Sarawak. Rata-rata dunia netizen marah dan mahukan si pembuli dibawa ke muka keadilan. Tatkala ianya sudah ditularkan baharulah mangsa buli berani memberitahu keluarga akan hal yang menimpa dirinya yang mana kes buli ini berlaku pada 8hb Julai yang lepas. Satu laporan polis sudahpun dibuat oleh bapa mangsa buli tersebut di sebuah balai polis di Miri, Sarawak.
Pihak polis sedang melakukan siasatan ke atas kes dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Berita sepenuhnya di pautan ini:
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment