TAHUN ini khabar angin yang mengatakan Republik Indonesia akan memindahkan ibukotanya ke Pulau Borneo iaitu Kalimantan menjadi antara berita yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat dunia. Ini kerana umum mengetahui betapa tuntutan untuk mencari ibukota yang baharu terlalu mendesak tatkala Kota Jakarta, ibukotanya sekarang sudah tidak mampu menampung jumlah kepadatan penduduk, kesesakan lalulintas dan masalah-masalah yang lain. Ditambahlagi sudah ada desas-desus bagaimana rakyat Indonesia di Kalimantan menuntut wilayah mereka tidak ketinggalan dari arus pembangunan yang selama ini berpusat di Pulau Jawa sejak mereka merdeka pada tahun 1945.
Dalam pada itu menurut Presiden Indonesia yakni Jokowi menyatakan segala kajian yang teliti masih lagi dilakukan dan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru. Dan difahamkan setakat ini, beliau sudah melawat dua kawasan di Kalimantan yang berpotensi sebagai ibukota Indonesia yang baharu iaitu Bukit Soeharto di Kabupaten Kutai Kartanegara yang terkenal dengan sejarah berdirinya kerajaan kuno terawal di Borneo iaitu Kerajaan Kutai dan Kabupaten Gunung Mas, Kalimantan Tengah.
Berdasarkan kepada desas-desus cerita perpindahan ibukota Indonesia ini sudah disahihkan di Kalimantan namun tempatnya secara mengkhusus hanya akan diumumkan pada bulan Ogos ini oleh Presiden Indonesia sendiri.
Sekiranya benar seperti yang dikatakan sudah tentu Sarawak Bumi Kenyalang adalah wilayah Malaysia yang paling banyak menerima lebih-lebih lagi di dalam sosioekonominya.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment