Tuesday, 16 July 2019

HAD UMUR BELIA DI SARAWAK KEKAL 15-40 TAHUN


WALAUPUN Rang Undang-undang 2019 yang baharu sahaja dipinda melibatkan umur belia dari 15 ke 30 tahun, namun untuk Sarawak ianya dikekalkan dari umur 15 hingga 40 tahun.  Biarpun berbeza namun Sarawak akan terus bekerjasama dengan pihak Persekutuan memandangkan had umur yang dipinda itu melibatkan mana-mana persatuan yang didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia.  

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan yakni Datuk Abdul Karim Hamzah yang juga ADUN Asajaya menyatakan bahawa antara sebab utama mengapa Sarawak masih mengekalkan had umur sedia ada adalah kerana tidak mahu menganggu proses penyaluran bantuan kepada belia B40 yang sedang dan akan dirancang oleh Kerajaan Sarawak sekarang.  

Sekiranya pindaan di peringkat Persekutuan digunapakai maka ramai belia sasaran yang tidak layak untuk menyertai program ataupun bantuan seperti yang telah diatur selama ini.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


No comments:

Post a Comment