Saturday, 6 July 2019

RUMAH HARGA SERENDAH RM90K DI KEMUYANG SIAP TAHUN 2020

KERAJAAN Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari mengambil pelbagai langkah untuk menyediakan rumah mampu milik untuk keselesaaan rakyat Sarawak. Semalam ketika hadir di majlis penyerahan surat tawaran Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di Skim Penempatan Semula Kampung Jerawit daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Dr. Annuar Rapa’ee merangkap Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi yang juga ADUN Nangka mengwar-warkan bahawa Fasa Satu Projek Perumahan Mampu Milik yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak di Kemuyang akan siap sepenuhnya menjelang awal atau pertengahan tahun 2020.
Sebanyak 813 lot yang diperuntukkan untuk projek tersebut yang mana untuk Fasa Satu merangkumi 110 rumah yang dibangunkan oleh HDC manakala 76 rumah lagi dilaksanakan oleh LCDA. Status mutakhir pembinaan untuk Fasa Satu pula adalah 86 rumah sudahpun di peringkat penanaman cerucuk manakala unit yang akan dibina oleh LCDA, tender pembinaannya sudahpun berakhir semalam. Oleh kerana kaedah pembinaan untuk projek perumahan ini adalah menggunakan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) maka tempoh penyiapannya hanya mengambil masa 21 hari sahaja.
Harga untuk setiap rumah pula adalah serendah RM90,000 hingga RM150,000.
Pautan berita penuh:
https://sarawakvoice.com/2019/07/06/rumah-berharga-serendah-rm90000-siap-tahun-depan/?fbclid=IwAR2_Zcd-LnRlD3cHWpccE2frbrM2YrNF8Iji4_4KHv2VWqp0gjUwXh5-cvc
#SarawakDiutamakan

No comments:

Post a Comment