Saturday 13 July 2019

KIBARKAN BENDERA SARAWAK 22 JULAI 2019


SELANG beberapa hari lagi yakni 22 Julai ini, Sarawak akan menyambut Hari Sarawak. Satu hari yang amat istimewa untuk rakyat Sarawak kerana pada hari inilah Sarawak mempunyai barisan kabinet dari anak watan Sarawak sendiri setelah hampir beratus tahun dibelenggu pemerintahan Brooke kemudian bertukar tangan kepada Kerajaan Koloni Mahkota Sarawak British.
Tahun ini menyaksikan Bintulu dipilih sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Sarawak. Julung-julung kalinya diadakan di luar Bandaraya Kuching sejak ia diiktiraf ketika Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem. Sekaligus pemilihan Bintulu juga mempunyai sejarahnya tersendiri kerana disinilah kali pertama Majlis Mesyuarat Council Anak Negeri Sarawak diadakan ketika mula-mula diperkenalkan oleh Tuan Rajah Brooke.
Atas semangat memartabatkan hari bersejarah ini, semua rakyat Sarawak tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama diseru untuk mengibarkan bendera Sarawak di rumah atau bangunan pejabat dan perniagaan mereka. Kita julang tinggi-tinggi bendera kemegahan rakyat Sarawak.
Bersama-sama kita tunjukkan kepada dunia bahawa 22 Julai adalah Hari Sarawak.

No comments:

Post a Comment