Saturday 6 July 2019

SARAWAK KELUAR MALAYSIA ITU TIDAK MUSTAHIL JIKA …? -DSWJ-


JAWAPAN bertulis dari MP Langkawi yakni Tun Mahathir kepada MP Lanang yang mana menyatakan dengan mengkhusus andaikata keharmonian dan keamanan tergugat dek kerana kegiatan yang cuba membawa Sarawak Keluar Malaysia dengan beliau tidak teragak-agak untuk menguatkuasakan Akta Hasutan dan Seksyen 121 yakni melancarkan perang kepada YDPA mendapat respons yang pelbagai dari semua peringkat warga netizen di Sarawak.  

Boleh disimpulkan ramai netizen Sarawak yang kecewa dengan maklumbalas daripada Perdana Menteri Malaysia kerana ianya seolah-olah cuba menggunakan “ugutan” kepada apa yang segelintir rakyat Sarawak mahukan biarpun sebelumnya Pakatan Harapan sendiri gah berbicara tentang soal kebebasan bersuara di Malaysia. Mereka turut berpendapat bahawa sejarah lama itu berulang yakni ketika Internal Security Act pernah berkuatkuasa dahulu yang menjadikan suara rakyat Sarawak sengaja “ditutup” oleh pihak Kerajaan pada masa itu.    

Jika difikirkan apa yang PM Tun M nyatakan ada benarnya kerana sekiranya keamanan sebuah negara dipertaruhkan maka itu merupakan bidang kuasa pihak Persekutuan untuk mencegahnya.  Jadi adalah lebih elok sekiranya apa jua hasrat segelintir rakyat Sarawak itu dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.  Kita sebagai rakyat Malaysia turut tidak mahu sekiranya keamanan diganggu maka banyak implikasi negatif akan muncul seperti negara berada di dalam kacau bilau yang sudah tentu akan menyulitkan semua pihak.  

Dalam pada itu orang lama di dalam kancah politik Sarawak yang juga seorang pengamal undang-undang yakni MP Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar turut memberikan pandangan beliau mengenai hal ini.  Ketika diwawancara oleh portal berita tempatan Sarawak, beliau menyatakan bahawa biarpun tiada mana-mana klausa di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang menyatakan bahawa hak Sarawak untuk memisahkan diri namun pada pandangan beliau, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku asalkan kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Malaysia dan Sarawak serta rakyatnya bersetuju.  

Dengan mengambil contoh apa yang berlaku kepada Singapura iaitu satu lagi entiti pembentuk Negara Malaysia telah berjaya memisahkan diri pada tahun 1965 biarpun tiada klausa yang menyatakannya di dalam perjanjian penubuhan Malaysia yang diwar-warkan pada tanggal 16 September 1963. Ini kerana pada masa itu adanya  kesefahaman antara PM Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Lee Kuan Yew.   

Tambah DSWJ, selagi undang-undang samada secara perlembagaan atau akta di Parlimen itu adalah buatan manusia maka ianya sentiasa boleh dipinda dengan persetujuan semua pihak.  Dengan memasukkan satu lagi frasa sekiranya rakyat Sarawak secara total tidak berpuashati dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang terus-terusan mengeksploitasi kekayaan Sarawak serta melanggar Perjanjian Malaysia 1963 maka Sarawak berhak untuk memisahkan diri daripada Malaysia.   

Berita penuh seperti berikut:



No comments:

Post a Comment