Saturday, 13 July 2019

MH370 KES BUNUH DIRI?




TANGGAL 8hb Mac 2017, seluruh dunia berduka akan kehilangan satu pesawat MH370 Sistem Penerbangan Malaysia yang di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.  Kehilangan pesawat itu terus menjadi misteri sehingga kini biarpun banyak bukti yang dikatakan puing-puing pesawat tersebut ditemui di sekitar Lautan Hindi sejak dua tahun kebelakangan ini.  

Sehingga ke saat ini hanya beberapa negara yang masih meneruskan pencarian dan semalam menyaksikan pakar penerbangan dari Perancis menyatakan bahawa berdasarkan data-data penerbangan yang mereka sedang siasat sekarang, banyak bukti mengarah kepada juruterbang dengan sengaja untuk membunuh diri membawa bersama pesawat, penumpang dan krew penerbangan.  

Satu lagi perkhabaran yang sudah tentu akan mendapat perhatian dunia lebih-lebih lagi kepada keluarga juruterbang yang bertugas pada ketika itu yakni Kapten Zaharie Ahmad Syah.



No comments:

Post a Comment