Thursday 11 July 2019

TIADA WAKIL PSB DI DALAM AHLI MAJLIS BERKUASA TEMPATAN SARAWAK


GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai oleh Parti Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Progressive Democratic Party (PDP) merupakan parti-parti politik yang memerintah Sarawak sejak keluar dari gabungan Barisan Nasional setelah kekalahan BN pada pilihanraya yang lalu.  Selain itu di dalam kesatuan satu gabungan yang membariskan parti-parti tempatan tersebut ada satu parti yang bukannya ahli gabungan tetapi mempunyai portfolio sebagai menteri di Kabinet Kerajaan Sarawak.  

Parti Sarawak Bersatu sebelumnya dikenali sebagai United People’s Party (UPP) iaitu cebisan daripada ketidaksefahaman yang berlaku ketika pergolakan pucuk pimpinan di dalam SUPP beberapa tahun yang lepas.  Kemudian UPP telah dijenamakan semula dengan nama Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada tahun 2019 yang mana menyaksikan pengasas yang juga presidennya iaitu Datuk Wong Soon Koh, ADUN Bawang Assan selama enam penggal masih lagi berada di dalam barisan kabinet Kerajaan Sarawak dengan jawatannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan Kedua Sarawak. Datuk Dr Jerip Susil pula merupakan Menteri Muda Pengangkutan Sarawak turut berada di dalam kabinet Kerajaan Sarawak.   

Sejak kebelakangan ini terdengar banyak suara-suara dari ahli politik Sarawak yang menganggotai Gabungan Parti Sarawak tidak begitu menyenangi keberadaan ada wakil PSB di dalam kabinet Sarawak memandangkan parti ini bukanlah pembentuk Gabungan Parti Sarawak.  Dan ianya semakin memuncak tatkala ramai pemimpin dari Parti Rakyat Sarawak telah “berhijrah” untuk menganggotai Parti Bersatu Sarawak.  Ianya tidak disenangi oleh pucuk pimpinan PRS sehingga ianya menjadi “duri dalam daging” kepada halatuju kepimpinan GPS di dalam memimpin Sarawak Bumi Kenyalang.  

Hari ini mungkin menjadi titiktolak kepada cerita-cerita “bara api yang membenam di benak” beberapa pemimpin di dalam Gabungan Parti Sarawak.  Ini kerana dinyatakan satu mesyuarat kabinet Kerajaan Sarawak sedang berlangsung sekarang.  Apa yang menarik adalah sudahpun ada bayangan daripada Menteri Muda Kerajaan Tempatan iaitu Datu Dr. Penguang Manggil yang menyatakan bahawa senarai ahli majlis-majlis tempatan di Sarawak tidak meletakkan senarai wakil daripada Parti Bersatu Sarawak di dalamnya.  

Apakah sudah ada bayangan bahawasanya Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari yang juga Presiden Gabungan Parti Sarawak sudah bersedia untuk “mengeluarkan” wakil-wakil PSB di dalam kepimpinan Kerajaan Sarawak amat wajar kita nantikan.  Dengan pilihanraya negeri Sarawak yang mungkin diadakan pada tahun 2021 nanti, mungkin ada pertembungan PSB dengan GPS lantas boleh menganggugat pecahan undi parti tempatan melawan Pakatan Harapan yang berpusat di Malaya.   


Berita penuh di pautan ini:


#SarawakDiutamakan

No comments:

Post a Comment