STATUS terkini siasatan mengenai video hubungan intim sonsang yang menggegarkan dunia politik Malaysia disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara di Bukit Aman sebentar tadi. Menurut beliau ianya disahkan oleh cybersecurity biarpun pihak itu belum lagi dapat memastikan adakah dua orang aktor tersebut merupakan Haziq Abdullah bin Abdul Aziz mahupun seorang menteri kabinet Malaysia seperti yang didakwa.
Pautan berita penuh seperti berikut:
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-intim-haziq-tulen-kpn-1.939364
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-intim-haziq-tulen-kpn-1.939364
Dalam pada itu semalam menyaksikan Presiden PKR yakni Datuk Seri Anwar bin Ibrahim mengeluarkan satu kenyataan beliau bahawa Azmin Ali perlu meletak jawatan sekiranya video itu sahih. Kenyataan tersebut jauh berbeza dengan kenyataan awalnya semasa video itu tular di media massa yang mana menurut Datuk Seri Anwar, Azmin tidak perlu mengambil cuti sekalipun.
Pautannya adalah seperti berikut:
Dan sewaktu di Parlimen semalam turut menyaksikan maklumbalas daripada Azmin Ali tatkala dihujani pelbagai soalan oleh wartawan mengenai kenyataan daripada DSAI yang juga merupakan sekutu rapatnya sejak di zaman reformasi lagi. Dengan nada sinis Azmin menjawab untuk DSAI cermin dirinya dahulu di cermin yang sekaligus mungkin membawa makna bahawa Azmin mengetahui apa yang rakyat tidak ketahui kebenarannya.
Pautan adalah seperti berikut:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/476534/suruh-dia-cermin-diri-azmin
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah pula maklumbalas daripada pemimpin-pemimpin PKR yang sudah jelas sekarang mempunyai dua kem yang berbeza. Dan perlulah diketahui bahawa pada pemilihan MPP PKR yang lepas bukanlah satu rahsia bahawa yang mendominasi jawatan tertinggi MPP itu adalah pemimpin PKR yang pro-Azmin.
Ternyata sekali mereka kurang senang dengan kenyataan daripada Presiden PKR itu dan natijahnya satu kenyataan telah dikeluarkan yang mana menyaksikan 28 anggota MPP dan ahli parlimen PKR menegur Presiden mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan bersandarkan spekulasi semata-mata. Umpama membuang paku buah keras, 28 MPP dan ahli-ahli parlimen PKR turut mengingatkan Presiden mereka bagaimana pada tahun 2011 mereka bermati-matian mempertahankan DSAI sewaktu fitnah dan video seks itu disahkan tulen oleh pihak berkuasa pada waktu itu.
Pautan adalah seperti berikut:
Nampak gayanya semakin tersepit dan terbelit PKR dengan berita mutakhir hasil perkembangan siasatan video hubungan intim songsang tersebut. Malah setelah didodoikan bahawa ini merupakan fitnah politik daripada pembangkang, sudah terang lagi bersuluh bahawa ianya adalah kerja orang-orang PKR sendiri. Setelah enam individu ditangkap dan ditahan reman beberapa hari yang lepas ada tiga lagi yang ditahan dan salah seorangnya adalah setiausaha politik DSAI sendiri.
Pautannya adalah seperti berikut:
Semakin mendekat kita kepada jalan cerita mengenai video intim songsang yang menjadi pemangkin kepada kebenaran khabar angin yang bertiup kencang di dalam kem kepimpinan PKR selama ini. Dengan Presiden PKR yang dijanjikan sebagai bakal PM ke-8 di dalam jangkamasa 2 tahun menyaksikan sudah ada yang tidak sabar menanti lebih-lebih lagi turut dikatakan Azmin Ali lebih condong untuk menjadi pilihan Tun Mahathir sebagai penggantinya.
Keretakan hubungan antara kepimpinan PKR yang semakin jelas sekarang dengan tanpa berselindung baik pemimpin mahupun ahli-ahli parti mereka sudah menampakkan akan ada satu perang yang nyata di dalam parti tersebut. Sekaligus andaikata ada yang berpecah akan memberikan impak kepada dunia politik Malaysia. Ini kerana dari kerusi PKR adalah penyumbang terbanyak untuk Pakatan Harapan bertakhta di Putrajaya.
Gendang perang sudah dipalu, ramai pendekar sudah siaga untuk bertingkah. Yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Anwar atau Azmin? Sama-sama kita tunggu kesudahannya.
No comments:
Post a Comment