Thursday 4 July 2019

GPS BEBAS RASUAH -SPRM SARAWAK-


DIKALA pihak pembangkang Sarawak mencanang itu ini dan cuba mengadu domba rakyat Sarawak dengan berita-berita yang kurang pasti tentang salahlaku kepimpinan Kerajaan Sarawak lebih-lebih lagi pengurusan kewangannya, lain pula yang dinyatakan oleh mereka yang bertanggungjawab di dalam isu rasuah di Sarawak.  

Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak yakni Encik Razim Mohd Nor sewaktu menghadiri sidang akhbar teater Musikal “Semarak Pertiwiku” di Kuching tadi menyatakan dengan mengkhusus bahawa apa yang didakwa oleh YB Pending iaitu Violet Yong baru-baru ini adalah satu kenyataan tanpa asas.  Beliau dengan tegas menyatakan bahawa kepimpinan GPS dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg BEBAS DARIPADA UNSUR-UNSUR RASUAH.  

Dengan keadaan ekonomi Sarawak yang cukup jelas semakin kukuh dan memberangsangkan menjadi satu bukti nyata bahawa pemimpin-pemimpin Sarawak dibawah GPS menguruskan Sarawak dengan baik dan mengamalkan budaya kerja yang sihat dan bebas dari rasuah.  
Sebelum ini Kerajaan Sarawak dibawah GPS pernah secara terbuka mempelawa pihak SPRM untuk menghantar pegawai-pegawainya turut serta di dalam setiap tender-tender pembangunan Kerajaan Sarawak. Ianya satu tindakan yang proaktif di dalam memastikan ketelusan pada setiap tender yang diadakan. Sekaligus boleh menunjukkan keterbukaan Kerajaan Sarawak bagi memastikan bahawa budaya rasuah itu sememangnya ditolak sama sekali.

Berani kerana benar.

Berita penuh sepenuh pautan ini:


#SarawakDiutamakan 

No comments:

Post a Comment