INI merupakan pandangan peribadi saya.
Rasa nya tak payah dulu kerana golongan tersebut perlu menimba ilmu dan pengalaman untuk sekurang-kurangnya tiga tahun sehingga menjangkau usia 21 tahun, yang sedari dahulu dikira golongan “coming of age” & universal adult sufferage seantero dunia.
Membuang undi itu mudah tetapi kesan pilihan sesaorang itu mengundi melibatkan pertimbangan yang wajar dan bertanggungjawab kerana hasilnya akan menentukan nasib dan halatuju Negara kita dan rakyat jelata. Mereka yang di dalam golongan tersebut boleh diserapkan ke dalam kelab belia bawah mana-mana parti-parti politik bagi menimba ilmu, pilihan sendiri, jika mahu. Tetapi tidaklah perlu diberi kuasa mengundi terlebih dahulu atas sebab tadi.
Demokrasi yang paling baik adalah apabila pengundi-pengundi sesebuah negara itu didedahkan dengan bukan sahaja kuasa memilih tetapi kuasa dan pemerkasaan untuk menimbang, mengenal dan menentu apa jua isu itu dengan jelas dan baik secara bebas, tanpa pujuk rayu, paksaan ugutan atau dorongan .
Dato’Idris Buang
Ketua Penerangan
Parti PBB Sarawak
3/7/2019
No comments:
Post a Comment