Tuesday 9 July 2019

KOMITMEN SARAWAK DI DALAM MEMPERKASAKAN E-DIGITAL DIPUJI


EKONOMI digital atau singkatannya E-Digital adalah antara yang mewarnai dunia tanpa sempadan sekarang.  Jika di negara maju ianya sudah begitu meluas dan menjadi antara penyumbang ekonomi yang berkesan terhadap perolehan sesuatu negara dan untuk Malaysia pula ianya semakin mendapat tempat di kalangan pemain-pemain industri.  

Sarawak pula dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari turut antara yang begitu percaya akan pendekatan e-digital di dalam merancakkan lagi ekonomi Sarawak.  Lihatlah sahaja sejak dari tahun yang lepas lagi, Sarawak Pay sudah mula menjadi trend untuk sebarang pembayaran secara online di Sarawak malah telah mencakupi sehingga ke Semenanjung Malaysia.  

Baru-baru ini berlangsung 3rd International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2019 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).  Ramai pakar-pakar e-digital yang menghadirinya dan ini termasuklah Dr. Michio Kaku, seorang “theoretical physicist” dan “futurist” yang amat gah namanya di dalam arena sains dan e-digital di dunia. Keberadaan beliau di Kuching adalah untuk menyampaikan kertas kerja beliau yang bertajuk “Dunia pada tahun 2030”.  

Di dalam ucapan beliau telah terlebih dahulu memuji usaha dan komitment yang ditunjukkan oleh Kerajaan Sarawak kerana menurut beliau, adalah amat jarang untuk mendapatkan satu kerajaan di dunia dengan dibarisi menteri-menterinya yang begitu komited untuk memperkasakan e-digital.  

Pujian daripada seorang yang berpengalaman seperti Dr Michio Kaku sudah tentu bukanlah biasa-biasa sahaja sebaliknya dengan status beliau itu tidak semudah untuk beliau memuji sebarangan.  Ini merupakan satu lagi penanda aras bahawa Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan DP Abang Johari berada di garis yang betul di dalam melonjak Sarawak agar tidak ketinggalan di dalam dunia digital sekarang.  

Pautan berita penuh adalah seperti berikut:


No comments:

Post a Comment