Thursday, 4 July 2019

SEE YOU IN COURT CHONG! -DSWJ-



ATAS keceluparan MP Stampin yakni YB Chong Chieng Jen yang melabelkan MP Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai “hipokrit” akhirnya memakan diri apabila pada hari ini DSWJ melalui peguam Wilfred Yap menyaman Chong sebanyak RM1 juta beserta injuksi ke atas Chong untuk tidak lagi menggunakan perkataan yang serupa di mana-mana lokasi. Saman ini juga termasuk segala kos guaman yang akan ditanggung oleh Chong. 

Sebelum itu pada tanggal 3hb Mei 2019, “Letter of Demand” telahpun dikeluarkan kepada Chong untuk menarik balik kenyataan beliau dan ianya berkuatkuasa sehingga jam 5 petang, 8hb April 2019. Difahamkan MP Stampin tidak mengambil respons akan hal tersebut sehingga memaksa DSWJ menyaman beliau. 

Pihak pendaftar Mahkamah menetapkan sebutan kes saman ini pada 8hb Ogos ini. 

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut saman RM1 juta jawabnya. 

Pautan penuh: 

No comments:

Post a Comment