KESESAKAN jalan di kawasan Kuching dan Samarahan sememangnya antara yang menjadi dilemma masyarakat tempatan. Bukan auta tetapi satu fakta bahawasanya satu jalan penyelesaian harus diambil dengan drastik sekali. Dek kerana itu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari mengambil langkah positif untuk meneruskan pembinaan LRT atau Transit Aliran Ringan di kawasan tersebut baru-baru ini.
Dalam pada itu sejajar dengan perkembangan terkini industri pengangkutan global sekarang ternyata sistem keretapi "rel maya" yang sudah dijayakan oleh Negara China lebih menarik perhatian dan boleh dijadikan alternatif untuk menggantikan pembinaan LRT. Ini kerana sistem keretapi ini langsung tidak memerlukan pembinaan landasan keretapi yang mengkhusus sebaliknya boleh beroperasi di jalan-jalan raya dengan menggunakan “rel maya” . Andai ia digunapakai di Sarawak sudah tentu ianya akan melibatkan pengurangan kos besar-besaran.
Untuk lebih memahami apakah sistem keretapi rel maya yang telah dijayakan oleh Negara China, pautannya adalah seperti berikut:
https://inhabitat.com/chinas-self-driving-trackless-train-hits-the-streets-of-zhuzhou/
Hakikatnya setiap perancangan sudah tentu mengambilkira banyak aspek dan perlukan masa untuk merealisasikan. Rakyat akan menyokong sekiranya tidak melibatkan kos yang banyak agar lebihan belanjawan untuk kos LRT itu boleh disalurkan untuk pembangunan yang lain. Yang penting bagi rakyat di Kuching dan Samarahan, permasalahan kesesakan lalulintas ini harus dinoktahkan.
Pautan berita penuh seperti berikut:
https://dayakdaily.com/sarawak-govt-exploring-trackless-train-as-alternative-to-lrt/?fbclid=IwAR0fwc55HxDmUrrkBcc1WrzDaiC9kEXzlnk-m14OnBl4jieX01PiXXTjzB0\
No comments:
Post a Comment