Monday, 8 July 2019

SRI AMAN BAKAL DINAMAKAN SEMULA SEBAGAI BAHAGIAN SIMANGGANG


TIDAK semudah itu untuk menukar nama sesetengah kawasan kerana ada sebab ianya dinamakan sedemikian rupa oleh orang tua kita dulu-dulu.  Selain itu ada sejarah disebalik nama kawasan tersebut yang kekal menjadi identiti bagi masyarakatnya.  Dan begitulah juga yang terjadi kepada nama Sri Aman yang sebelumnya bernama Simanggang.  Ironinya walau sudah ditukar kepada nama yang baru sehingga sekarang rakyat Sarawak masih tetap utuh memanggilnya dengan nama lama di dalam pertuturan seharian yakni Simanggang.

Jika kita merujuk kepada sejarah pertukaran nama Bahagian Simanggang kepada Sri Aman bertitiktolak daripada satu perjanjian keamanan yang ditandatangani antara komunis melalui Bong Kee Chok dan Kerajaan Sarawak dibawah Ketua Menteri pada itu yakni Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Yaakub.  Sekaligus perjanjian keamanan yang dinamakan Perjanjian Keamanan Sri Aman itu menandakan tiada lagi ancaman komunis berlangsung di Sarawak.  

Perjanjian itu ditandatangani pada 21 Oktober 1973 di satu rumah rehat Kerajaan Sarawak yang bernama Rumah Sri Aman.  Setelah peristiwa penting itu baharulah  bahagian serta seluruh daerah Simanggang turut ditukar kepada nama Sri Aman dan dikuatkuasakan melalui SWK.L.N.42/80 of Part 11 of Sarawak Government Gazette di bawah tajuk Simanggang (Change of Name) Order 1980.

Perhatian daripada Ketua Menteri Sarawak sekarang iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari untuk menukar kembali nama bahagian Sri Aman kepada bahagian Simanggang dan mengekalkan nama bandarnya sebagai Sri Aman adalah satu langkah yang bijak dan sudah tentu akan mendapat sokongan daripada rakyat Sarawak amnya dan rakyat di Simanggang khususnya.  


Berita penuh ada dipautan ini:


#SarawakDiutamakan  

No comments:

Post a Comment