Monday 28 December 2015

28/12/1941 - JEPUN MENAWAN BANDAR KUCHING

Pada hari ini dalam tahun 1941, Bandar Kuching, Sarawak telah ditawan oleh tentera Jepun.  

Sebelum itu, pada 19hb. Disember 1941, tentera udara Jepun dengan 15 buah kapal terbang pengebom telah mengebom bandar Kuching mengakibatkan banyak kerosakan dan kemusnahan.  

Pada 22hb. Disember, askar-askar Jepun belayar dari Miri menuju ke Kuching dengan meninggalkan satu batalion untuk menguasai Brunei, Labuan dan Sabah.  Jepun memasuki Perang Dunia Kedua pada 7 haribulan Disember 1941, dan seterusnya melancarkan serangan serentak ke atas negara-negara di Asia Tenggara yang dianggap penting bagi pembekalan minyak, getah, bijih timah dan boksite.  

Di Sarawak, British telah memutuskan bahawa mereka tidak akan dapat mempertahankan Sarawak dari apa-apa serangan oleh tentera Jepun. Hanya lapangan terbang di bandar Kuching sahaja yang akan dipertahankan. 

 Pihak British di Sarawak mula telah bertindak mengikut strategi peperangan.  Mereka telah menjalankan operasi bumi-hangus ke atas kawasan minyak di Miri dan Seria pada 8 haribulan Disember 1941. Pada 12 haribulan Disember pula, mereka mula menjalankan operasi yang sama ke atas lapangan terbang Miri.  

Seterusnya pegawai-pegawai dan askar-askar Inggeris meninggalkan Miri untuk pergi ke Kuching.  Pada 16 haribulan Disember, Tentera Jepun mendapat di Miri dan Seria.  

Di dalam perdaratan sebuah kapal perang Jepun telah ditenggelamkan oleh tentera udara Belanda dari Singkawang 11, Indonesia.  

Pada 23 haribulan kapalterbang peninjau Belanda melaporkan melihat konvoi kapal perang Jepun pada jarak kira-kira 150 batu dari arah Kuching.  

Pertempuran di antara tentera British dan Belanda dengan Jepun mula berlaku.  Tindakan tentera British dan Belanda ketika itu hanyalah setakat melengah-lengahkan kemaraan Jepun. 

Pada 24 haribulan tentera Jepun berjaya mendarat dekat bandar Kuching.  Keesokan hari iaitu pada hari ini dalam 28 Disember 1941, bandar Kuching telah ditawan oleh tentera Jepun.  

Bermula dari itu, Sarawak telah ditakluk di bawah pemerintahan tentera Jepun sehinggalah bulan September 1945.


No comments:

Post a Comment