Mama
tahu, satu satunya sebab Lil pergi kehospital adalah kerana Lil berada
menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di
rumah : Lil telah terlalu terlalu kerap ke hospital.
Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.
Mama
menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari
terakhir Lil di dunia ini.
Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis. Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata "Jangan menangis, Lil tidak apa apa."
Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.
Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi mama. Anak lelaki Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.
Dan pada ketika itu, mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, "Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku."
Moga
Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.
Dipetik
dari laman fb Zarith Sofiah Idris, Bonda kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor,
Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim.
Gambar ehsan
dari laman fb NST Online photo
“
Sesungguhnya, kasih ibu itu membawa ke syurga..”
No comments:
Post a Comment