Saturday 19 December 2015

GIANT PETRAJAYA, KUCHING , SARAWAK

Pada tanggal 19hb Disember 2015, sebuah lagi cawangan GCH Retail (M) Sdn Bhd telah dibuka secara rasminya di Petra Jaya, Kuching.  Majlis yang penuh gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Datuk Amar Abang Johari Bin Tun Abang Openg 

Oleh itu Giant Petra Jaya merupakan cawangan ke-7 bagi pasaraya Giant di Sarawak dan juga cawangan ke-126 di Malaysia.  Pasaraya moden ini didirikan di satu kawasan seluas 320,416 kaki persegi dengan kos pelaburan kira-kira 128 juta.
  
Dengan adanya pasaraya seperti Giant ini adalah diharap agar ianya boleh membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada anak Sarawak.  

Selain daripada itu berdasarkan kepada visi dan misi sewaktu ianya hendak didirikan, GCH Retail (M) telah berjanji untuk bersama-sama memberi peluang kepada usahawan tempatan Sarawak bagi menjadikan Giant sebagai satu platform bagi mempamerkan serta mempromosi produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di pasaraya mereka.  

Usahasama seperti inilah yang kita mahukan kerana ianya akan membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada anak Sarawak lebih-lebih lagi setiap produk PKS turut juga akan dipasarkan di seluruh cawangan Giant di Malaysia.  

Diharap lagi ramai pelabur-pelabur besar yang akan terus melabur di Sarawak memandangkan Sarawak adalah antara negeri yang paling stabil baik dari segi politik mahupun keharmonian masyarakatnya.  

Inilah yang kita mahukan kerana kita mahu Sarawak sentiasa maju dan berdaya saing pada masa hadapan.  

Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang diwakili oleh DUN Semariang YB Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta sektor swasta yang menjadikan projek ini menjadi kenyataan. 

Semoga terus sukses Giant Petrajaya, Kuching, Sarawak.

No comments:

Post a Comment