Tuesday 8 December 2015

TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

Di Malaysia amnya, setiap negeri-negeri mempunyai ketua-ketua kerajaan yang bernaung di bawah panji Yang Dipertuan Agong. Untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai Sultan atau Raja sebagai ketua kerajaannya.
Untuk negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan pula seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, Ketua Kerajaannya adalah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri ataupun untuk konteks Sarawak digelar Tuan Gabenor.
Dari segi perlantikan seseorang individu untuk menjadi Tuan Gabenor adalah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri dari negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan.
Tempoh lantikan seorang Tuan Gabenor pula adalah selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dilantik semula mengikut kesesuaian kerajaan negeri pada masa itu.
Terdapat beberapa kriteria di dalam menjawat jawatan Tuan Gabenor ini kerana dari segi undang-undang menyatakan bahawa setiap Tuan Gabenor yang dilantik tidak dibenarkan untuk memiliki perniagaan atau yang berupa keuntungan atas jawatan yang dipegangnya.
Tuan Gabenor merupakan salah seorang komponen di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dari sinilah terletaknya kuasa beliau untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Kuasa beliau diperlukan bagi meluluskan DUN itu sendiri.
Ketika Majlis Raja-raja berlangsung yang mana ianya dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong, kita akan menyaksikan Tuan Gabenor akan turut serta di dalam mesyuarat tersebut sebagai mewakili Ketua Kerajaan Negeri yang diwakilinya.
Walaupun Tuan Gabenor bertindak sebagai Ketua Kerajaan Negeri namun begitu untuk fungsi pentadbiran sesebuah kerajaan negeri dipertanggungjawabkan kepada Ketua Menteri di dalam menentukan halatuju sesebuah negeri tersebut. Kuasa melantik Ketua Menteri dan barisan kabinet menteri pula adalah kuasa tunggal Tuan Gabenor itu sendiri dengan nasihat daripada Ketua Menteri.
Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:
• Ketua Kerajaan Negeri
• Fungsi Kehakiman
• Fungsi Pertadbiran
• Kuasa Pengampunan
• Sumber Kehormatan dan Kedaulatan
Di dalam kita menyelusuri jawatan Tuan Gabenor bagi Sarawak itu sendiri sebenarnya telah dimulai lama sebelum penubuhan Gagasan Malaysia yang ditubuhkan pada 16hb September 1963.
Malah mengikut sejarahnya jawatan ini sudahpun wujud ketika Sarawak menjadi wilayah kuripan kepada Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam lagi.
Namun pada masa itu, sempadan Sarawak yang dimaksudkan tidaklah sebesar Sarawak sekarang sebaliknya hanya sebesar ibukota Kuching, Sarawak. Dan sudah tentu bidang kuasanya juga agak berlainan dengan jawatan Gabenor Sarawak sejak membentuk Gagasan Malaysia.
Senarai nama-nama Gabenor Sarawak mengikut era pemerintahannya adalah seperti berikut:
Era Pemerintahan Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam
1. Pengiran Shahbandar Pengiran Mohammad Salleh Ibnu Pengiran Sharifudin @ Pengiran Indera Mahkota (1827 – 1840)
2. Sir James Brooke (1840 – 1842)
Era Pendudukan Jepun (Dibawah Kuasa Tentera Jepun)
1. Jeneral Maeda Toshinari (1942)
2. Jeneral Yamawaki Masataka (1942-1944)
Era Jajahan Koloni British Borneo
1. Sir Charles Noble Arden-Clarke (1946 – 1949)
2. Sir Duncan Steward (Nov 1949 – Dec. 1949)
3. Sir Anthony Foster Abel (1950 – 1959)
4. Sir Alexander Waddel (1959 – 1963)
Era Sarawak, Malaysia
1. Tun Datuk Patinggi Abang Haji Open bin Abang Bariee (1963-1969)
2. Tun Datuk Patinggi Abang Tuanku Bujang bin Tuanku Othman (1969-1977)
3. Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng (1977-1981)
Dilantik semula pada tahun 2001 hingga 2014.
4. Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman bin Ya’kub (1981-1985)
5. Tun Datuk Patinggi (Dr) Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Muhammed Noor (1985-2000)
6. Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (2014 hingga kini)
Dan perlu diketahui bahawa menurut sejarahnya juga menyatakan untuk setiap Tuan Gabenor Sarawak sejak dari Brooke memerintah lagi, kediaman rasminya adalah Astana Negeri Sarawak sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment