Menjelang sambutan di ambang tahun baru 2016, Kerajaan Negeri Sarawak memberikan hadiah kepada rakyat Sarawak apabila SARAWAK BEBAS TOL 2016.
Untuk itu, satu acara menyambut sambutan Tahun Baru 2016 akan diadakan di Jambatan Tun Salahuddin. Segala persiapan untuk acara besar-besaran sedang di dalam pembikinan sekarang.
Banyak acara juga telah direncanakan seperti konsert dari artis-artis tempatan serta persembahan kesenian rakyat Sarawak. Dan sudah tentu persembahan bunga api juga turut menjadi tumpuan nanti.
Bersama-samalah kita untuk meraikannya dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Adenan serta barisan kabinet Negeri Sarawak pada 31hb Disember 2015 nanti.
Lan Berambeh Kita Di Sia Kelak!
No comments:
Post a Comment