Thursday 31 December 2015

TERAPI LUMPUR DI LUMPUR BEBUAK, KAMPUNG MERITAM, LIMBANG

TERAPI LUMPUR, adalah satu kaedah perubatan kuno yang telah diamalkan sebilangan masyarakat di dunia sejak ribuan tahun lagi. Kaedah perubatan kuno ini terbukti mampu mengurangkan stress badan. Bukan itu sahaja terapi lumpur juga cukup berkesan untuk mereka yang mempunyai penyakit kulit.
Menurut catatan perubatan ada mengatakan bahawa dengan melumur lumpur dari kolam lahar, bahan galian yang ada di dalam lumpur lahar seperti belerang, magnesium, potassium, bromide, yodium, silicon, selenium, kalsium dan zink adalah antara galian yang boleh merawat penyakit tersebut.
Sebenar tanpa kita sedari, ada satu “hidden paradise” mengenai kolam lumpur lahar ini di Sarawak iaitu di satu lokasi yang dinamakan Lumpur Bebuak, Kampung Meritam, Limbang. Memang agak aneh kerana bagaimana ianya boleh terbentuk sedangkan Sarawak sendiri bukannya di dalam “Lingkaran Api Pasifik” iaitu kawasan yang penuh dengan gunung berapi.
Lumpur bebuak di Kampung Meritam, Limbang sudah tentu mempunyai keistimewaan sendiri dan ianya harus kita kunjungi bagi merasa sendiri bagaimana seronoknya mandi lumpur. Dan kewujudannya di bumi Sarawak jika dipromosi dengan bersungguh-sungguh mampu menarik lebih ramai pelancong bertandang ke Sarawak.

No comments:

Post a Comment