Thursday, 17 December 2015

APA HAK CCG?




KERESAHAN pekerja luar pantai Sarawak tidak pernah berakhir. Kerisauan mereka bukan kerana faktor cuaca yang tidak menentu atau kegelisahan berdepan senario arus kuat dan ombak besar ketika melakukan tugasan luar pantai.
Sebaliknya kehadiran kapal peronda pantai China (China Coastal Guard) amat membimbangkan mereka. Tidak keterlaluan mengatakan ada di kalangan pekerja luar pantai ini kecut perut dan menahan rasa takut dalam diam~diam setiapkali melihat kapal peronda pantai China ini belayar menuju ke arah pelantar minyak dan meronda sekeliling kawasan pelantar minyak berulangkali.
Terbaru, berdasarkan rakaman data Automatic Identification System (AIS) pada malam 16 Disember 2015, sebuah lagi kapal peronda pantai China 3308 dikesan berada pada kedudukan 15.4 batu nautika dari pelantar pengerudian minyak, Umw Naga 8.
"Sudah tiga kali dikesan kehadiran kapal peronda pantai China ini menghampiri lokasi Umw Naga 8. Kekerapan kehadiran kapal peronda pantai China ini sangat~sangat membimbangkan apatah lagi kapal ini bukan setakat belayar melintasi perairan sebaliknya menghampiri dan mengelilingi kawasan pelantar gerudi minyak berulangkali" jelas pekerja luar pantai yang amat bimbang tentang keselamatannya dan rakan~rakan lain setiapkali ditugaskan ke luar pantai.
Lokasi Umw Naga 8, lebih kurang 70 batu nautika dari bandar Bintulu. Manakala kedudukan Platform E11 yang turut menempatkan pekerja luar pantai berada tidak jauh dari lokasi Umw Naga 8.
Rasa curiga di kalangan pekerja luar pantai dengan tindakan berani kapal peronda pantai China, yang begitu kerap menghampiri lokasi Umw Naga 8 dan Platform E11 dilihat tidak menunjukkan takrif right of innocent passage dalam UNCLOS artikel 58.
Apa yang jelas, perbuatan kapal peronda pantai China semasa berada di perairan ZEE Malaysia ini dilihat tidak langsung menghormati hak dalam UNCLOS artikel 58 yang memberikan hak kepada negara maritim untuk melaksana hak freedom of navigation dan right of innocent passage.
Bahagian lima artikel 57 UNCLOS berkenaan ZEE membawa maksud: had 200 batu nautika dari baseline yang kita tetapkan dan bukan dalam had 12 batu nautika iaitu Territorial Waters.
Manakala Territorial Waters dalam klausa UNCLOS 1982 ialah had kawasan perairan 12 batu nautika dari pantai Sabah dan Sarawak.
Apabila ditanya wartawan berhubung kehadiran kapal peronda pantai China yang trending di media sosial (merujuk muatnaik di media sosial Borneo), Menteri Pertahanan, Datuk Hishamuddin menegaskan kapal peronda pantai China itu tidak berada di dalam Territorial Waters negara kita.
Terdahulu pada 8 Disember 2015, pekerja luar pantai mengesan sebuah kapal peronda pantai China type " 50/80" ZHONGGUOHAIJING 1307 cutter berada di wilayah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia iaitu Jerun Oil Field.
Rakaman gambar bertarikh 8 Disember 2015 yang menampakkan sebuah kapal peronda pantai China dengan kedudukannya berada tidak jauh di belakang sebuah kapal sokongan luar pantai telah dimuatnaik di halaman media sosial Miri Comunity dan kemudiannya dikongsi oleh media sosial Borneo. Rakaman gambar tersebut menjadi viral dan menarik perhatian pengikut Borneo dengan lontaran pelbagai komen.

No comments:

Post a Comment