Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita buruk iaitu mengenai tragedi
bot karam di Belaga, Sarawak. Difahamkan
bot yang dinaiki dalam perjalanan pulang untuk meraikan perayaan Krismas di
kampung mereka di Rumah Tanjung.
Kejadian yang berlaku pada 22/12/2015 ini sekitar jam 7.00 petang ini
melibatkan 9 orang mangsa yang terdiri daripada 8 orang wanita dan seorang
lelaki. Kejadian bot karam ini terjadi
di Sungai Batang Rejang berhampiran dengan Rumah Long Buyun, Belaga iaitu tidak
jauh dari tragedi bot karam yang menyedihkan kita sekitar tahun 2013.
Sejak mendapat laporan kemalangan, usaha SAR telah dikerahkan ke
tempat kejadian tetapi dihentikan sebelum diteruskan pada pagi ini.
Setakat ini 5 daripada mangsa telah sempat diselamatkan oleh
penduduk yang tinggal di kawasan yang berhampiran sementara 4 lagi masih
hilang.
Mereka
yang terselamat adalah:
1. Liam Kelilit, (L) - 50 tahun
2. Bungan Binti Nyaleng, (P) - 50 tahun.
3. Agnes Liam, (P) - 33 tahun
4. Olivia Ploma Thomas, (P ) - 8 tahun
5. Ayu, (P) - 4 tahun
Mangsa yang masih hilang adalah:
1. Sumitasen Thomas, (P) - 15 tahun.
2. Adriana Rosnah, (P) - 12 tahun.
3. Sahirza Mahir, (P) - 31 tahun
4. Nur Amirsha, (P) - 4 Tahun
Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang hilang ini
dijumpai dengan segera. Kita sentiasa
bersedih apabila kejadian seperti ini berlaku di kala menjelang sesuatu
perayaan akan berlangsung.
No comments:
Post a Comment