Sebelum ini minda
kita ditekankan dengan slogan,
“Untuk berjaya kita
mesti belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti dapat menjamin masa hadapan”.
Tetapi situasi hari
ini, slogan diatas sudah lapok. Kerana
ilmu sudah terbukti ada di mana-mana. Ia
tidk terhad di institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Kerana untuk berjaya, bukan jenis kerja yang
menentukannya.
Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary cukup dikenali sebagai anak Melayu yang mempunyai aset berbillion
ringgit. Beliau tidak meneruskan
pendidikan formal. Atau dalam bahasa
mudahnya.. Tidak mempunyai sebarang ijazah pendidikan formal.
Jawapan sebenarnya
untuk berjaya adalah… Sejauh mana kita percaya dan yakin terhadap kejayaan yang
ingin kita perolehi?
Kejayaan itu terletak
pada sejauh mana keyakinan kita atas kemampuan diri bagi mencapai
kejayaan. Sekiranya kita percaya ijazah universiti
dapat menjamin kejayaan, maka itu adalah “mind set” kita sendiri.
Ilmu yang paling
berharga adalah belajar dari pengalaman jatuh bangun sendiri. “Dunia ini adalah
sekolah kita”.
Dipetik daripada
facebook Maz Ahmad.
No comments:
Post a Comment