Peruntukan
terhad dari kerajaan pusat dikenalpasti antara punca kelewatan bagi kerja~kerja
penyelenggaran ke atas bangunan sekolah yang rosak di Sarawak.
"Kerja~kerja
telah dilaksanakan dengan memuaskan namun masih terdapat bangunan yang rosak
teruk di sekolah berkenaan yang belum dibaiki disebabkan oleh peruntukan
terhad," menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3.
Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menganggarkan keperluan peruntukan bagi kerja
penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur sekolah bagi tahun 2015 hingga 2018
adalah berjumlah RM632.06 juta.
Daripada
145 sekolah di Sarawak yang dikenalpasti, mendapati 85.5 peratus daripadanya
berada dalam keadaan usang, struktur kayu reput, tanah mendap, struktur konkrit
rosak dan mempunyai masalah serangan anai~anai yang boleh nengancam
keselamatan.
"124
sekolah di Sarawak mengalami masalah infrastruktur yang 'rosak teruk' dan
memerlukan pembaikan serta merta," tambah laporan itu.
Hal
ini dinyatakan ketika majlis perasmian SK Matu Baru di Kuching oleh Menteri
Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Pada masa itu juga Menteri
Pendidikan Malaysia mengumumkan Sarawak diagihkan peruntukan RM95 juta untuk
kos penyelenggaraan dan membaiki lebih 300 sekolah daif di negeri ini dan
kerja~kerja tersebut perlu dilaksanakan segera.
Menurut
Datuk Seri Mahdzir Khalid, keutamaan adalah kepada sekolah yang lebih kritikal
dan ia perlu dibaiki dengan kadar segera bukannya tunggu tahun depan.
Kementerian
Pendidikan Malaysia menerima senarai 1,300 buah sekolah di Sarawak memerlukan
penyelenggaraan dan pembaikan segera.
Bagaimanapun,
sebelum kerja~kerja penyelenggaraan dan baik pulih dijalankan, kelulusan
Jabatan Kerja Raya perlu diperolehi terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment