Di dalam dunia tanpa sempadan, isu fitnah dengan memutarbelitkan kenyataan seperti sudah menjadi asam garam bagi sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan politik. Natijahnya rakyat disogokkan dengan satu pembohongan yang akhirnya boleh merosakkan tanggapan mereka kepada individu tertentu.
Merindui cara perjuangan orang politik dulu-dulu berkempen. Semuanya beralaskan moral yang tinggi sehingga kawan mahupun lawan menghormati antara satu sama lain.
Berikut merupakan petikan dari laman FB YB Nancy Shukri membidas satu kenyataan fitnah “kitar semula” yang viral di media social baru-baru ini.
"..Berulang kali posting kononnya saya mengatakan Bumiputra kalau tak dibantu, mencuri. Pihak pembangkang tanpa merasa bersalah mempermainkan kata-kata supaya rakyat marah, apatah lagi golongan Bumiputra.
Saya teringat pada November 2013 di mana wartawan puak pembangkang menanyakan soalan "does the govt have the guts to abolish discriminatory policy?" Saya tanya "can you be specific?" Dia kata "the NEP". Saya jawab, untuk menseimbangkan ekonomi di dalam sesebuah negara, adakalanya kita perlu "inequal inorder to be equal".
Dalam hal ini kerajaan wujudkan polisi 30% untuk Bumiputra. Sungguhpun begitu ia masih belum tercapai. Misalnya ada pihak yang nak menjalankan perniagaan serta nak mendapatkan keuntungan, peniaga perlu ada pembelinya. Kalau pembeli itu adalah dari golongan majoriti, dan majoriti itu tidak mampu maka perlu majoriti itu dibantu. Kita sedar bahawa apabila ekonomi tidak seimbang, wujudnya masalah sosial, misalnya, ada orang mencuri bila tidak mampu untuk membeli.
Did I mention Bumiputra mencuri? I was explaining a policy which had been in existence long ago. I cannot commit to the press that I will bring it up to the govt to change the policy. Especially to the Bumis, if they want to condemn me for defending a policy affecting them, then Ieave it to them to judge for themselves. Be realistic when commenting or criticizing. That happened on Nov 8, 2013. They repeated the postings until today.."
~ YB Puan Hajjah Nancy Shukri ~
No comments:
Post a Comment