Sunday 20 December 2015

TEGURAN IKHLAS MEMAKAN DIRI

2 hari yang lepas iaitu Jumaat 18 Disember 2015, kita dikejutkan dengan satu berita mengenai seorang petugas Astro Awani iaitu Saudara Ahmad Hawari bin Zakaria yang cedera parah akibat ditikam di pangsapurinya di Jalan Usahawan, Setapak, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam itu dikatakan berpunca daripada salah faham dengan teman serumah yang mana Hawari dikatakan telah menegur secara ikhlas teman serumah namun ianya seperti membawa kepada pertelingkahan yang akhirnya memakan diri Hawari pada masa itu.

Ekoran daripada kejadian itu, Hawari telah sempat dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad setelah mengalami kecederaan yang teruk di bahagian perutnya. 

Hawari merupakan seorang anak Sarawak yang berasal dari Kuching, Sarawak merupakan anak lelaki tunggal di dalam keluarganya dan merupakan kakitangan Astro Awani iaitu sebuah syarikat televisyen swasta di Malaysia.

Sungguhpun kecelakaan yang menimpa Hawari ini jauh daripada tanahairnya namun ini tidak bermakna Kerajaan Sarawak alpa tentang kebajikan anak Sarawak di perantauan.

Hari ini 21 Disember 2015, Kerajaan Sarawak melalui wakilnya iaitu YB Hajjah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah berkunjung ke hospital di Kuala Lumpur bagi melihat sendiri keadaan Hawari. Dikhabarkan bahawa Hawari sudah semakin sembuh walaupun masih lemah.

Dan difahamkan rentetan daripada kes tikam ini, dua individu telah ditahan oleh anggota polis bagi membantu siasatan serta beberapi lagi individu masih lagi dijejaki.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar saudara Ahmad Hawari akan kekal tabah dan semboh seperti sediakala.

Solidariti ini untuk Ahmad Hawari Zakaria.

No comments:

Post a Comment