Wednesday 16 December 2015

TOL JAMBATAN TUN SALAHUDDIN DIMANSUHKAN 1 JANUARI 2016

Semalam 16 Disember 2015, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan bahawa bayaran tol di Jambatan Tun Salehuddin akan dihapuskan menjelang 1 Januari 20016.

Ini merupakan salah satu impian rakyat Kuching khususnya dan impian ini dilestarikan seperti yang dijanjikan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem setelah bayaran tol di Jambatan Lanang, Sibu dan Jambatan Asean, Miri juga turut dihapuskan beberapa bulan yang lepas. 

Di dalam kita bergembira kerana ini merupakan hadiah daripada Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyat Sarawak khususnya di Kuching, JANGANLAH KITA LUPA kepada pekerja-pekerja tol di Jambatan Tun Salehuddin yang sudah tentu mendapat memo pemberhentian kerja daripada Zecon Toll Concessionaire Sdn Bhd.

Angkanya mungkin tidak ramai namun begitu amatlah berharap agar untung nasib mereka tidak dibiarkan begitu sahaja.


Bukan mudah untuk mencari pekerjaan di zaman sekarang. 

No comments:

Post a Comment