Saturday 19 December 2015

RASIS? EXTREMIS?

Rasis! Extremis! ….. itulah dua ayat yang sering menjadi sebutan kala ini di seluruh Malaysia. Masing-masing mempunyai pengertian tersendiri di dalam memahami maknanya.
Di Sarawak misalnya seperti yang diketahui, Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai imuniti di dalam kawalan imigresen yang tidak membenarkan mana-mana individu yang didapati mempunyai niat atau cenderung untuk memporak-perandakan kestabilan di Sarawak untuk memasuki bumi Sarawak.
Bukan satu sahaja individu yang telah disenaraihitam baik mereka yang mempunyai latar belakang politik ataupun tidak. Dan sudah tentu kita sebagai rakyat Sarawak menyokong apa sahaja tindakan daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menjaga keharmonian negeri kita.
Apa yang menjadi persoalan sekarang, orang luar iaitu yang bukan orang Sarawak sudah tentu kita boleh menidakkan kemasukan mereka. Cuma yang menjadi masalah sekarang, apakah pula tindakan lanjutan daripada Kerajaan Negeri di dalam memastikan “keluarga sendiri” yang cenderung ke arah itu?
Ini kerana jika kita teliti secara sedalam-dalamnya, bukan sedikit “keluarga sendiri” ini yang cuba memainkan sentimen sensitif dan akhir-akhir ini apabila tempoh mengundi akan menjelma tiba tidak lama lagi ianya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Jadi amatlah berharap agar ianya juga jangan dipandang sepi kerana kita mengetahui bahawa akibat daripada permainan sentiment rasis, ekstremis inilah keharmonian kita boleh diganggugugat.
Kita tidak mahu Sarawak nanti seperti sebiji epal yang ranum di luar tetapi berulat busuk di dalamnya.

No comments:

Post a Comment